Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.du] | مردو

Definisi : enak atau sedap didengar (suara, nya­nyian, dll): maka sangatlah ~ bunyi suara anakanda sekaliannya itu; kemerduan perihal merdu (suara dll): ada orang yg sedang menikmati ~ suaranya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.du] | مردو

Definisi : sedap didengar (bkn suara, nyanyian dll): Mereka bernyanyi dgn suara yg ~. kemerduan keadaan merdu (bkn suara dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
merdu (adjektif)
Bersinonim dengan enak, sedap, lunak, lembut, mersik;,
Kata Terbitan : kemerduan,

Puisi
 

Kain tudung kain pelangi,
     Kain dibeli di kedai Cina;
Sungguh merdu adik menyanyi,
     Abang teringat tidur tak lena.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gagak bersuara murai.

Bermaksud :

Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORPHEUS

Orpheus ialah ahli muzik dalam mitologi Yunani

dan Rom. Muzik daripada suara dan lyre Orpheus

sungguh merdu sehingga haiwan, pokok, dan batu

mengekorinya, dan sungai berhenti mengalir untuk

mendengarnya. Ibunya ialah dewi seni, Calliope,

dan bapanya ialah sama ada manusia bernama

Oeagrus atau dewa Apollo.

UMUM 
BURUNG SIUL

Burung siul ialah nama yang popular untuk

semua jenis burung kecil yang bertenggek.

Kebanyakan spesies burung ini terkenal kerana

lagu yang merdu dan menarik yang dihasilkan.

UMUM 
SIRENS

Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang

tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan

dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan

pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira

tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu

Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di

pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah

cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar

tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka.

Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara

Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat

pada tiang. Odysseus dengan itu dapat

mendengar suara Sirens tanpa membahayakan

kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada

mulanya digambarkan sebagai burung yang

berkepala wanita dan kemudiannya sebagai

wanita yang berkaki burung dan kadangkala

bersayap.

Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri.

UMUM 
OKARINA

Okarina ialah alat tiup permainan kecil jenis

wisel. Ia diperbuat daripada tanah liat yang

dibentuk dengan acuan atau plastik, dan

berbentuk seperti telur angsa. Namanya diperoleh

daripada bentuk perkataan dalam bahasa Itali

bermakna angsa. Okarina mempunyai mouth

piece , dan melaluinya, pemain akan menggetarkan

pernafasannya dalam ruang okarina ini. Okarina

mempunyai lapan lubang hingga 10 lubang bagi

membolehkan pemain bermain skala yang mudah.

Tonnya lembut dan merdu. Donati, seorang Itali,

mencipta okarina pada tahun 1860-an, tetapi alat

berbentuk seperti okarina telah ditemui pada

zaman China purba.

UMUM 
NABI DAUD A.S.

Nabi Daud a.s. ialah salah seorang daripada Nabi

Allah yang diutuskan kepada manusia. Baginda

adalah anak kepada Yahudha ibn Ya‘kub ibn Ishak

ibn Ibrahim Khalil al-Rahman alaihissalam. Allah

SWT telah menurunkan kepadanya kitab Zabur

yang mengandungi pengajaran, teladan, kata-kata

hikmah dan zikir-zikir yang memuji Allah. Allah juga

telah mengurniakannya ilmu pengetahuan dan

kepetahan berucap di samping kedudukan sebagai

seorang nabi dan raja. Nabi Daud a.s. mempunyai

suara yang sangat lunak dan merdu hinggakan

apabila membaca kitab Zabur, burung-burung yang

terbang akan berhenti dan hinggap di dahan pokok

sambil berkicau mendengar bacaannya. Burung-

burung itu juga akan turut bertasbih apabila Nabi

Allah Daud bertasbih. Begitu juga dengan gunung-

ganang. Ia akan mengiringi Nabi Daud a.s. berzikir

pada waktu pagi dan petang. Nabi Daud a.s. banyak

melakukan amal ibadat pada waktu malam,

berpuasa pada waktu siang dan banyak

menghabiskan masanya dengan beribadat di masjid.

Allah SWT memberikan keistimewaan dan

mukjizat kepadanya iaitu gunung-ganang turut

mengiringinya bertasbih pada waktu pagi dan

petang. Burung-burung akan berkicau

mengiringinya apabila Nabi Daud a.s. membaca

kitab Zabur. Nabi Allah Daud dapat memahami

bahasa pertuturan burung. Bahkan turut mampu

melembutkan besi dan melenturnya dengan tangan

seolah-olah membuat adunan tepung. Selain

daripada itu, Nabi Allah Daud juga pakar dalam

membuat perisai perang.

UMUM 
MUSE

Muse ialah sembilan dewi seni dan sains dalam

mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani,

mereka ialah anak perempuan Zeus, raja dewa,

dan Mnemosyne, dewi ingatan. Setiap Muse

memerintah sesuatu seni atau sains. Calliope ialah

Muse puisi epik; Erato, puisi cinta; Euterpe, puisi

lirik; Melpomene, tragedi; Thalia, komedi; Clio,

sejarah; Urania, astronomi; Polyhymnia, lagu

kudus; dan Terpsichore, tarian.

Orang Yunani percaya dewi-dewi ini tinggal di

atas gunung Olympus dengan ketua mereka, dewa

Apollo. Muse ini sama seperti ketua mereka,

sentiasa muda dan cantik. Mereka boleh melihat ke

masa hadapan, yang tidak ramai dewa lain boleh

buat. Mereka juga mempunyai kebolehan

menghilangkan rasa sedih dan duka. Muse

mempunyai suara yang menyenangkan, merdu dan

selalu menyanyi sebagai koir. Penulis dan pelukis

awal Yunani memanggil Muse untuk inspirasi

sebelum memulakan kerja. Mana-mana satu atau

semua Muse ini boleh dipanggil untuk

mendapatkan bantuan, walaupun setiap seorang

mengawal seni atau sains yang khusus.

Dewi-dewi ini memainkan peranan penting

dalam mitologi Rom, walaupun Pemujaan Muse

oleh orang Rom adalah dipinjam daripada orang

Yunani. Orang Rom percaya bahawa Jupiter, raja

dewa mereka, adalah bapa Muse.

Beberapa perkataan berasal daripada perkataan

Yunani, Mousa bermakna Muse. Ia termasuk

museum , yang asalnya bermakna kuil Muse; dan

music , yang bermakna seni Muse.

UMUM 

Kembali ke atas