Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.du] | مردو

Definisi : enak atau sedap didengar (suara, nya­nyian, dll): maka sangatlah ~ bunyi suara anakanda sekaliannya itu; kemerduan perihal merdu (suara dll): ada orang yg sedang menikmati ~ suaranya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.du] | مردو

Definisi : sedap didengar (bkn suara, nyanyian dll): Mereka bernyanyi dgn suara yg ~. kemerduan keadaan merdu (bkn suara dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
merdu (adjektif)
Bersinonim dengan enak, sedap, lunak, lembut, mersik;,
Kata Terbitan : kemerduan,

Puisi
 

Kain tudung kain pelangi,
     Kain dibeli di kedai Cina;
Sungguh merdu adik menyanyi,
     Abang teringat tidur tak lena.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gagak bersuara murai.

Bermaksud :

Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tradolce (It)amat merduKesenianTiadaTiada
dolcedolceMuzikTiadaGaya yang merdu, halus dan segar. Dolce dikenali juga sebagai dolciato yang diberi singkatan dol.
dolcissimodolcissimoMuzikTiada

 Gaya yang sangat merdu dan halus.

cantilenakantilenaMuzikTiada

 Lagu dodoi Itali yang bermelodi merdu dalam tempo sederhana. Kantilena juga merujuk kepada bahagian melodi utama dalam sebuah karya koral.

moodsuasanaKesenianTiadaEkspresi yang digambarkan oleh muzik, contohnya cinta, gelisah atau merdu dan lain-lain.
arioso (It)ariosoKesenianTiada1. Aria ringkas dalam opera atau oratoria. 2. Resitatif yang merdu.
nocturnenocturneMuzikTiada

 Muzik instrumental yang membayangkan suasana malam. Nocturne mempunyai melodi yang merdu dan lemah gemalai, bertempo perlahan, mempunyai dinamik yang halus dan lembut, serta bersifat sentimental dan romantik. Contohnya, karya Nocturne oleh Chopin.

similekiasanKesusasteraanTiadaTamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempuyai sifat dan nilai yang sama, misalnya 'merdu bagai buluh perindu', 'garang seperti harimau' dan sebagainya.
étudeétudeMuzikTiada

 Karya latihan teknik bermain yang merdu dan berlirik yang diperkenalkan pada Zaman Romantik. Setiap karya menyentuh teknik bermain tertentu seperti corak ritma triplet bertentangan dengan duplet secara serentak dan oktaf berturutan dalam tempo rancak.  Étude sesuai untuk dipersembahkan dalam resital. Contohnya, 12 Études d'exécution transcendante (1851) oleh Liszt, 12 Études, Op. 10 (1829-1832) dan 12 Études, Op. 25 (1832-1836) oleh Chopin.

 

expressionismekspresionismeMuzikTiada

 Satu aliran atau gaya karya pada abad ke-20. Ekspresionisme merujuk kepada muzik atonal pada tahun 1909 oleh Schoenberg yang membayangkan teknik karya serialisme. Harmoni dan bunyi muzik jenis ini biasanya agak bercanggah. Melodinya tidak merdu dan kontur melodi dibentuk dengan jeda yang luas. Contohnya, Erwartung, Op. 17 (1909) dan Pierrot Lunaire, Op. 21 (1912) oleh Schoenberg.

12

Kembali ke atas