Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.bus] | مربوس

Definisi : memasak sesuatu dlm air, meng­godok: ~ keledek; ~ air menjerang air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.bus] | مربوس

Definisi : memasak sesuatu dlm air mendidih: ~ jagung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merebus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan antara "merebus" dengan "mencelur"Perbezaan antara "merebus" dan "mencelur" adalah seperti yang berikut:

Merebus ialah memasak sesuatu dalam air, meng­godok. Manakala mencelur pula ialah memasukkan (mencelupkan) se­suatu (seperti sayur dan sebagainya) untuk beberapa ketika ke dalam air panas (supaya lembut dan sebagainya).
Makna14.12.2021
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas?Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan:
 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.
2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian
3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan.
4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu.
Makna03.05.2014
Seorang pengakap ditugaskan menyalakan api untuk ... air menjerang atau merebusKedua-dua perkataan menjerang dan merebus air boleh digunakan.Tatabahasa02.09.2013
Apakah perbezaan kata menanak dan merebus? Adakah kata menanak boleh digunakan pada ubi. Contohnya :Kakak sedang menanak ubi di dalam periuk.Secara lazimnya menanak hanya digunakan untuk proses memasak nasi conton menanak nasi manakala rebus boleh digunakan selain daripada itu contohnya merebus ubi.Tatabahasa16.09.2007
Keliru dengan kelompok kata. Adakah perkataan " merebus", "mengukus", "menggoreng" termasuk dalam kelompok homonim? Contoh lain seperti " memotong", "mengerat", mencincang". Terima Kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Misalnya ketam, paku. Oleh itu, perkataan tersebut tidak tergolong dalam kelompok homonim.Lain-lain11.03.2010
Adakah ayat dibawah sesuai digunakan? Gunakan Sos Life Masam manis untuk menambah perasa masakan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu sebelum memanggang atau membakar; semasa mencelur/merebus sayuran, taufu dan jeruk. Boleh juga digunakan dengan memanaskan sos dan tuang ke atas ikan goreng, ayam dan udang sebelum dimakan.

Ayat yang sesuai digunakan adalah seperti yang berikut:

Gunakan sos Life masam manis untuk menambah perisa masakan atau panggangan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu. Sos ini juga sesuai digunakan dalam air rebusan ketika mencelur atau merebus sayuran, taufu dan jeruk, serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam dan udang untuk kenikmatan sebenar.

Tatabahasa04.01.2024
Assalamualaikum. 1. Perkataan menjerang diertikan sebagai "meletakkan periuk (dll) di atas api untuk memasak". (Kamus Dewan edisi 4). Adakah ia bermaksud perkataan menjerang boleh digunakan untuk memasak apa-apa sahaja (nasi, air, lauk-pauk)? Tidak khusus untuk air? 2. Kamus Dewan edisi 4: Menanak bermaksud "memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll). Kamus Pelajar Edisi 2: Menanak bermaksud "memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi)". Malah diberikan contoh menanak kentang dan menanak santan. Adakah perkataan menanak juga boleh digunakan untuk tujuan memasak apa-apa sahaja, tidak khusus untuk nasi?1. Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Oleh itu, ia tidak khusus untuk menjerang air sahaja.

2. Perkataan menanak tidak khusus untuk menanak nasi sahaja. Jika memasak sesuatu dengan hanya merebus sahaja, perkataan menanak juga boleh digunakan.
Lain-lain29.03.2021

Kembali ke atas