Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.da.kan] | مرداکن

Definisi : merelakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.da.kan] | مرداکن

Definisi : menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengu­rang­­­­kan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.da.kan] | مرداکن

Definisi : membenarkan (melepaskan dll) dgn ikhlas; mengizinkan; merelakan: Dia ~ pemergian anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.re.da.kan] | مرداکن

Definisi : menjadikan atau menyebabkan reda; menenangkan: Ia berjaya ~ kemarahan orang tua itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reda (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berhenti: sidang, redup, teduh, sereyat,

2. Bersinonim dengan berkurangan: semakin kurang, semakin pulih, semakin baik,

Kata Terbitan : meredakan, keredaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Reda atau redha?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837):

reda رضا 

kata kerja tak transitif
1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu:
Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil.

kata nama
2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang:
Dia berusaha mencapai reda Allah. 

Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya.
Ejaan03.08.2023
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan;  Tatabahasa29.07.2010

Kembali ke atas