Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.kah] | مرکه

Definisi : 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan, bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3. mulai terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb perihal mulut serta gigi yg bagus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.kah] | مرکه

Definisi : rekah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.kah] | مرکه

Definisi : 1 menjadi retak memanjang dan terbuka (pd kulit, tanah dll): Dlm musim kemarau, tanah bendang menjadi kering dan ~. 2 mula mekar (bkn kuntum bunga); mula kembang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekah
Kata Terbitan : rekahan, merekah, merekahkan, kerekahan,

Puisi
 

Buah kerba masak merekah,
     Orang ramai hujung pulut;
Apa khabar orang nak nikah,
     Lepas purnama bulan Maulud.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti delima merekah.

Bermaksud :

Mulut dan gigi yang bagus.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah limau masak merekah, Bawa pulang dibelah empat; Rimau yang garang lagi kulangkah, Inikan pula musang Jebat.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kerba masak merekah, Orang ramai hujung pulut; Apa khabar orang nak nikah, Lepas purnama bulan Maulud.
Kurik Kundi Merah SagaBuah delima masak merekah, Sudah tika berbunga lagi; Bermohon kasih puas sudah, Ibarat embun dibakar matahari.
Kurik Kundi Merah SagaKalau bertenun secara kembang, Limau kerbau masak merekah; Kalau bersenyum ketawa dek orang, Ambil tuk lebai baca nikah.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Hamid belayar ke Jawa, Buah jerap masak merekah; Tabir langit sudah sedia, Malam besok abang nak nikah.

Kembali ke atas