Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.kah] | مرکه

Definisi : 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan, bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3. mulai terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb perihal mulut serta gigi yg bagus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.kah] | مرکه

Definisi : rekah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.kah] | مرکه

Definisi : 1 menjadi retak memanjang dan terbuka (pd kulit, tanah dll): Dlm musim kemarau, tanah bendang menjadi kering dan ~. 2 mula mekar (bkn kuntum bunga); mula kembang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekah
Kata Terbitan : rekahan, merekah, merekahkan, kerekahan,

Puisi
 

Buah kerba masak merekah,
     Orang ramai hujung pulut;
Apa khabar orang nak nikah,
     Lepas purnama bulan Maulud.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti delima merekah.

Bermaksud :

Mulut dan gigi yang bagus.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
khusus yang berkuasa tinggi untuk mempercepat dapatan maklumat. serangan kamus (Ig. dictionary attack; Br. serangan kamus Id. serangan kamus) Serangan yang cuba menggunakan semua frasa atau perkataan dalam kamus untuk merekah kata laluan atau kekunci. Serangan ini menggunakan senarai perkataan yang telah tertakrif terlebih dahulu berbanding serangan hentam kromo yang penyerangnya mencuba kesemua kombinasi yang ada. serangan kata laluan (Ig. password

Kembali ke atas