Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.kah] | مرکه

Definisi : 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan, bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3. mulai terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb perihal mulut serta gigi yg bagus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.kah] | مرکه

Definisi : rekah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.kah] | مرکه

Definisi : 1 menjadi retak memanjang dan terbuka (pd kulit, tanah dll): Dlm musim kemarau, tanah bendang menjadi kering dan ~. 2 mula mekar (bkn kuntum bunga); mula kembang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekah
Kata Terbitan : rekahan, merekah, merekahkan, kerekahan,

Puisi
 

Buah kerba masak merekah,
     Orang ramai hujung pulut;
Apa khabar orang nak nikah,
     Lepas purnama bulan Maulud.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti delima merekah.

Bermaksud :

Mulut dan gigi yang bagus.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
broken backjilidan merekahPerpustakaanTiadaBuku yang bahagian belakangnya telah merekah, terbuka, dari kepala hingga bahagian hujung.
cracked nippleputing merekahKejururawatanTiadaKeadaan puting payudara ibu yang luka dan sakit akibat pelekapan mulut bayi ke areola payudara yang tidak betul.
cleft palatelelangit rekahPerubatanTiadaLelangit yang merekah di bahagian tengah. Keadaan ini biasanya terjadi secara kongenital.
cleft palatelelangit rekahPerubatanTiadaLelangit yang merekah pada bahagian tengah secara kongenital.
spallingmenyerpihKejuruteraanTiadaKeadaan lapisan permukaan konkrit yang merekah dan melekang keluar disebabkan proses tindakan kimia.
spallingmenyerpihKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses tindakan kimia yang menyebabkan lapisan permukaan konkrit merekah dan menyerpih keluar.
asteatosis cutisasteatosis kutisPerubatanTiadaKeadaan yang menyebabkan kulit menjadi kering, berkuping, dan merekah kerana tiadanya atau kurangnya rembesan sebum.
seam slippagekelim bertasKesenianTiadaKecacatan yang terjadi apabila kelim yang dijahit meretas/merekah. Kesilapan ini terjadi sama ada pada jahitan atau fabrik bermutu rendah.
capsulekapsulHerbaBotani dan BioteknologiBuah bengang kering yang terbentuk daripada ovari sinkarpa. Buah ini merekah apabila masak dan membentuk injap melalui liang atau belahan memanjang. Contohnya, keembong (Impatiens balsamina), kangkung (Ipomea aquatica), jarak (Ricinus communis) dan kesumba (Bixa orellana).
folliclefolikelBiologiHistologi dan Sitologi1. Buah bengang yang terdiri daripada satu karpel yang berbentuk seperti lengai dan merekah pada satu sandingnya sahaja apabila telah tua dan kering. 2. Rongga atau selaput, seperti folikel Graaf.
12

Kembali ke atas