Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ré.ka.ya.sa] | مريکاياس

Definisi : melakukan rekayasa: DBP harus lebih serius ~ bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merekayasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud merekayasa dan bagaimana ianya digunakan untuk membuat ayat yang mudah difahami. terima kasihMerekayasa bermaksud melakukan rekayasa, iaitu menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu.Tatabahasa28.07.2011
saya ingin mengetahui makna perkataan "perkayasaan"Tiada perkataan perkayasaan tetapi perekayasaan yang bermaksud proses merekayasa. Rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dsb dlm perancangan, mekanisme kerja, dll sbg asas melaksanakan sesuatu.Makna01.03.2007
Assalam.... saya cuba mencari terjemahan bagi perkataan 'marshaling' tapi tidak berjumpa. Maksud 'marshaling' adalah....... The marshaling phase involves assembling resources to bring the venture into existence. At the end of the planning phase, the business is only “on paper” or in the mind of the entrepreneur. To bring the business into existence, the entrepreneur gathers (marshals) necessary resources such as capital, labor, customers, and suppliers without which the venture cannot exist or sustain itself. Saya amat berharap pihak tuan dapat mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk 'marshaling'. Terima kasih.Menerusi pengamatan kami perkataan "marshalling" ada unsur maksud gabung, susun, atur dan ubah suai pelbagai faktor yang menghasilkan kejayaan atau keuntungan. Kami mencadangkan perkataan merekayasa yang mempunyai maksud hampir sama. Merekayasa  bermaksud melakukan rekayasa, iaitu menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2015
Saya masih kurang jelas dengan erti perkataan 'rekayasa' dan tidak yakin untuk menggunakannya takut-takut berlaku "malapropism". Harap pihak tuan dapat memberikan beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan rekayasa.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: DBP harus lebih serius merekayasa bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta.Makna16.06.2009

Kembali ke atas