Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rém.bés.kan] | مريمبيسکن

Definisi : mengalirkan keluar (air mata, hormon, enzim dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rém.bés.kan] | مريمبيسکن

Definisi : mengeluarkan bahan (cair) dr sel, kelenjar dsb: Hempedu dirembeskan dr hati utk menolong menghancurkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merembeskan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kelenjar peluhsweat glandKelenjar yang merembeskan peluh. Kelenjar ini terdapat pada hampir keseluruhan permukaan badan manusia dan primat peringkat tinggi, tetapi amat kurang pada mamalia lain.Menengah Rendah
kelenjar liursalivary glandKelenjar yang merembeskan air liur di dalam mulut.Menengah Rendah
vesikel semenseminal vesicleKelenjar yang berfungsi merembeskan cecair yang mengandungi sperma dan bahan bernutrien, yang dihasilkan oleh individu lelaki atau haiwan jantan. Vesikel ini juga bertindak sebagai tempat simpanan sementara sperma.Menengah Rendah
kelenjar endokrinendoctrin glandKelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon. Lihat RajahMenengah Atas
sel gobletgoblet cellSel epitelium yang mensintesis dan merembeskan mukus. Sel ini terdapat dengan banyak pada vertebrata, terutamanya pada saluran usus dan saluran pernafasan mamalia, dan pada epidermis ikan.Menengah Atas
hatiliverOrgan yang terbesar dalam badan vertebrata, dan berfungsi merembeskan hempedu ke dalam salur makanan. Pada manusia, organ ini terletak di sebelah kanan rongga abdomen, di bawah diafragma.Menengah Atas
sistem endokrinendocrine systemSistem yang terdiri daripada kelenjar endokrin yang merembeskan hormon secara langsung ke dalam darah.Menengah Rendah
kelenjar tiroidthyroid glandKelenjar endokrin yang terdapat pada leher vertebrata yang merembeskan hormon tiroid. Lihat RajahMenengah Atas
kelenjar adrenaladrenal glandKelenjar endokrin yang terdapat di bahagian atas permukaan ginjal yang merembeskan hormon adrenalina.Menengah Atas
pankreaspancreasKelenjar yang terletak di antara limpa dengan duodenum di bawah perut. Kelenjar ini merembeskan enzim pencernaan seperti amilase, lipase dan tripsin, serta hormon seperti insulin dan glukagon. Lihat RajahMenengah Rendah
12

Kembali ke atas