Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rém.bés.kan] | مريمبيسکن

Definisi : mengalirkan keluar (air mata, hormon, enzim dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rém.bés.kan] | مريمبيسکن

Definisi : mengeluarkan bahan (cair) dr sel, kelenjar dsb: Hempedu dirembeskan dr hati utk menolong menghancurkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merembeskan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELENJAR ADRENAL

Kelenjar adrenal ialah organ kecil dalam badan

yang merembeskan banyak hormon penting.

Terdapat dua kelenjar adrenal di dalam badan, satu

di atas setiap ginjal. Adrenal, yang juga dikenali

sebagai suprarenal, mempunyai garis pusat kira-kira

lima sentimeter setiap satu. Setiap kelenjar

adrenal terdiri daripada medula (teras dalam) dan

korteks (lapisan luar).

UMUM 
KELENJAR PROSTAT

Kelenjar prostat ialah organ sistem reproduksi

lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir kental

yang keputih-putihan dalam tubuh. Semua

mamalia jantan mempunyai bentuk kelenjar

prostat yang serupa. Pada orang lelaki, kelenjar itu

terletak betul-betul di bawah pundi air kencing dan

bersetentangan dengan bahagian rektum.

Beratnya lebih kurang 20 gram dan besarnya lebih

kurang sebesar buah berangan. Prostat terdiri

daripada tisu yang berotot dan berkelenjar, serta

mempunyai permukaan yang bergentian lagi liat.

UMUM 
TESTIKEL

Testikel ialah sistem pembiakan lelaki berupa

kelenjar kecil berbentuk bujur. Testikal ini dikenali

juga sebagai testes (tunggal, testis ) tergantung di

belakang penis lelaki dalam karung yang dikenali

sebagai skrotum . Testis mempunyai dua fungsi

utama (1) menghasilkan sperma (2) merembeskan

hormon seks lelaki, terutama testosteron .

UMUM 

Kembali ke atas