Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rem.puh] | مرمڤوه

Definisi : menempuh (mencari jalan dll) dgn paksa, mengharung, menyerbu: kami ~ masuk; kami berjalan ~ orang ramai; ~ rin­tangan kawat berduri; ~ maut tidak mem­pedulikan keselamatan jiwa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rem.puh] | مرمڤوه

Definisi : 1 mencari jalan dgn paksa; menyerbu: Kami berjalan ~ orang ramai. 2 melanggar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rempuh
Kata Terbitan : berempuh-rempuh, berempuh-rempuhan, merempuh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Soalan saya merujuk kepada ayat di bawah: "Beg udara menghalang pemandu dan penumpang daripada merempuh stereng dan papan pemuka dengan memanjangkan masa impak semasa perlanggaran." Adakah perkataan 'merempuh' sesuai digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan"rempuh" membawa maksud perbuatan melanggar seseorang atau sesuatu, biasanya dengan agak kuat sehingga terbalik, cedera, rosak dan sebagainya. Oleh itu, perkataan "merempuh" dalam ayat ini boleh digunakan.Tatabahasa21.02.2022
Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah. Adakah betul penggunaan kata seru Eh di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Penggunaan kata seru tersebut betul, dengan tambahan tanda seru di hujung ayat. Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah!

Tatabahasa16.05.2020
Adakah ayat di bawah boleh diterima? Semasa mengayuh basikal dengan pantas, Hadi hilang kawalan basikalnya. Basikal Hamdi merempuh sebatang pokok.Ayat tersebut kurang tepat  dan boleh dibetulkan seperti yang berikut: Semasa mengayuh basikal dengan pantas, Hadi hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok. Tatabahasa26.02.2021
1. Pertandingan karangan atau pertandingan mengarang? 2. mengikut ekspedisi meredah / merempuh hutan belantara? Terima kasih.Frasa yang lazim digunakan ialah pertandingan mengarang, namun perlu dilengkapkan objek yang dikarang seperti "pertandingan mengarang esei".Tatabahasa17.10.2014
Apakah perbezaan perkataan-perkataan tersebut? Boleh berikan contoh ayat dan keterangan.Terima kasih. 1. a)berlanggar b)melanggar c)perlanggaran d)pelanggaran 2. a)binaan b) pembinaan 3. a)pertambahan b)penambahan 4. a)kedamaian b)pendamaian 5. a)budaya b)kebudayaanBerlanggar bermaksud berlaga, beradu, berantuk dan sebagainya; melanggar bermaksud merempuh, menyerang, menyerbu dan menyalahi undang-undang; perlanggaran bermaksud perihal berlanggar dan pelanggaran bermaksud perihal melanggar. Untuk mendapatkan keterangan dan contoh ayat, termasuklah untuk perkataan-perkataan yang lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang hendak dicari pada ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan sebagainya. Data daripada kamus dapat membantu saudara mendapatkan keterangan perkataan dan contoh ayat yang digunakan.Tatabahasa05.04.2011
Saya ada soalan tentang Penyemakan dan penterjemahan perkataan bertanya Tuan/Puan. Saya mahu bertanya bahawa adakah perkataan “kerusakan” masuk dalam kamus dewan terkini DBP ( jika ada dalam kamus, apakah kata dasar kerusakan) dan perkataan “kerusakan” boleh atau tidak digunakan dalam karangan? Dalam Google, saya banyak lihat kerusakan digunakan. Lihat sini: https://rb.gy/n27llrEjaan yang betul ialah kerosakan yang membawa makna: 

kata nama

1. hal atau keadaan rosak.
Contoh penggunaan:
Mekanik akan memeriksa enjin kenderaan untuk mengenal pasti kerosakan yang dialami.

kata kerja tak transitif
2. mengalami keadaan rosak.
Contoh penggunaan:
Lori yang dipandunya kerosakan brek lalu merempuh plaza tol.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1898).
Ejaan20.02.2024

Kembali ke atas