Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ren.ca.na] | مرنچان

Definisi : sl bercerita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merencana


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
planning processproses merancangLandskapTiadaProses merangka, merencana dan melaksanakan kerja perancangan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
corporate strategic planningperancangan strategik korporatPentadbiranPentadbiran Awam

Proses merencana dan menyusun atur hala tuju sesebuah organisasi yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Tindakan ini menetapkan haluan organisasi yang akan menjadi panduan kepada anggotanya untuk mencapai kejayaan yang digarapkan. Kebiasaannya perancangan strategik korporat melibatkan tempoh masa antara tiga hingga lima tahun yang merupakan jangkamasa sesuai untuk mencapai hala tuju berkenaan. Perancangan strategik korporat perlu mengupas persoalan berikut iaitu, (i) Apakah yang ingin dicapai oleh organisasi korporat? (ii) Bagaimana hasrat ataupun harapan tersebut boleh dicapai?, (iii) Bilakah hasrat tersebut akan tercapai?, dan (iv) Untuk siapakah semua ini dilaksanakan?. Perancangan strategik korporat juga perlu melibatkan seluruh warga organisasi supaya perkongsian hala tuju ini akan mewujudkan rasa kesepunyaan dalam kalangan anggota organisasi korporat.

political executiveeksekutif politikPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang memiliki kuasa merencana, melaksana dan menguatkuasa keputusan serta dasar negara. Badan ini dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan yang bertanggungjawab mengetuai potfolio atau kementerian tertentu. Kedudukannya berbeza mengikut negara sama ada berperanan sebagai raja, presiden ataupun perdana menteri dan kabinet. Dalam konteks Malaysia, eksekutif politik terdiri daripada Perdana Menteri dan kabinet. Kebiasaannya, ahli kabinet akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dipengerusikan oleh perdana menteri. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak ketua negara atas nasihat perdana menteri.

International Telecommunication Satellite (INTELSAT)Satelit Telekomunikasi AntarabangsaKomunikasiTiadaOrganisasi satelit antarabangsa yang ditubuhkan untuk mengkaji, merencana, membina dan memelihara serta menjalankan operasi komersial di ruang angkasa.
program planningperancangan programPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha secara terperinci yang dilaksanakan dalam merencana sesuatu projek, matlamat ataupun aktiviti organisasi. Perancangan program melibatkan proses penetapan kaedah, strategi, sasaran, anggaran sumber dan guna tenaga, kewangan, risiko dan penjadualan kerja yang dipercayai boleh mencapai matlamat yang dikehendaki. Ia bukan merupakan suatu usaha yang mudah kerana melibatkan kos yang tinggi, jangka masa yang panjang dan tenaga yang banyak. Perancangan program yang tidak rapi akan menyebabkan kerugian kepada sesebuah organisasi.

federal blue printrangka tindakan persekutuanPentadbiranPentadbiran Awam

Dokumen rasmi yang digubal oleh kerajaan persekutuan dalam merencana atau merancang program atau projek pembangunan negara. Rangka tindakan persekutuan menjadi garis panduan dan rujukan kepada pihak pemerintah atau pentadbir dalam merealisasikan matlamat dan cita-cita negara. Dokumen ini mengandungi elemen-elemen seperti teras, objektif, prinsip atau rasional dan strategi pelaksanaan khusus sesuatu aktiviti. Contohnya Rancangan Malaysia Ke-9 merupakan rangka tindakan persekutuan yang digubal untuk pihak pemerintah melaksanakan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun.

organisational leadershipkepimpinan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau gaya bagaimana sesebuah organisasi diurus, ditadbir dan dikawalselia dalam sesebuah organisasi. Kebolehan merancang, merencana, melaksana, menyelaras, mengawal dan menilai adalah ciri utama kepimpinan organisasi. Dari sini konsep kepemimpinan itu dinilai dan diukur sama ada seseorang individu itu mampu atau sebaliknya menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Kesan daripada kepemimpinan yang cekap dan efisien, akan menyebabkan sesebuah organisasi mampu bertahan dalam tempoh jangkamasa yang panjang. Kepimpinan organisasi ini berbeza dengan kepimpinan politik atau kepimpinan desa. Pengaruh peribadi amat terbatas, sebaliknya pengaruh organisasi yang dipimpinnya sama ada syarikat perniagaan, badan korporat, organisasi antarabangsa dan badan kebajikan yang mempengaruhi cara ia melaksanakan kerja, memberi arahan dan menentukan kepentingan yang utama. Sinonim kepemimpinan organisasi

urban planningperancangan bandarPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha bagi menyediakan rangka atau kaedah untuk mencapai matlamat pembangunan di bandar dalam tempoh tertentu. Perancangan ini merupakan satu cadangan untuk merencana serta menyusun atur sesebuah bandar dan cara cadangan itu boleh dicapai. Perancangan bandar dianggap sebagai matlamat yang mengunjurkan keadaan bandar pada masa akan datang supaya dapat memaju atau mengembangkan tindakan yang bakal diambil untuk memenuhi keadaan yang diunjurkan itu. Oleh sebab bandar adalah tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan yang dijalankan, maka satu perancangan rapi perlu diambil khususnya dalam konteks pemesatan sesebuah bandar tersebut. Contohnya ialah pelan induk pembangunan sesebuah bandar disediakan mengikut tempoh masa tertentu sebelum dilaksanakan dan dipamerkan untuk pemerhatian umum.

administrative leadershipkepimpinan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Barisan pemimpin yang memegang tanggungjawab pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Mereka mempunyai kuasa dalam menentukan misi, visi, matlamat dan objektif organisasi. Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab merancang, merencana, mengurus, menyelaras dan mengawal segala perjalanan organisasi. Seseorang pemimpin perlu menjadi suriteladan yang baik kepada orang bawahan. Keberkesanan seseorang pemimpin bukannya terletak pada kuasa mutlak ataupun perundangan yang ada padanya tetapi bergantung kepada keupayaan pemimpin untuk mendorong, merangsang dan menggembeling sepenuh tenaga kerja, kepakaran dan infrastruktur yang ada bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kepimpinan pentadbiran yang baik perlu mempunyai wawasan yang jelas mengenai matlamat yang hendak dicapai dan arah tuju yang perlu diikuti.

market segmentationpemetakan pasaranPengurusanPerancanganProses mengklasifikasikan pasaran yang besar kepada kumpulan pengguna yang lebih kecil berasaskan faktor demografi (umur, jantina, bangsa), geografi (bandar, negeri, negara), psikografi (personaliti, gaya hidup, kelas sosial) serta gelagat pengguna (kekerapan penggunaan dan kesetiaan pada produk atau perkhidmatan). Tujuan pemetakan pasaran dilakukan adalah untuk membantu organisasi merencana strategi yang bersesuaian dengan kumpulan pasaran tertentu supaya berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding pesaing. Contoh pemetakan pasaran adalah dengan merencana strategi pemasaran yang berbeza berdasarkan lokasi geografi Malaysia mengikut zon utara, selatan, pantai timur dan Malaysia Timur.
12

Kembali ke atas