Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ren.dang] | مرندڠ

Definisi : menjadi rendang: pokok itu tidak mungkin tumbuh ~ sepenuhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ren.dang] | مرندڠ

Definisi : 1. menggoreng: ~ ikan; 2. memasak hingga kering dgn santan, memasak rendang; 3. menggoreng tanpa minyak: ~ bertih; ~ biji kopi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ren.dang] | مرندڠ

Definisi : 1 memasak sesuatu dlm kuali dgn minyak atau tidak; menggoreng: ~ bertih; ~ kacang. 2 memasak rendang: ~ daging. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merendang

Puisi
 

Orang merendang si udang galah,
     Cara masakan oranglah Minang;
Orang perempuan selalunya kalah,
     Orang jantan selalunya menang.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUKUI

Kukui juga dikenali sebagai pokok minyak

buah keras, mempunyai dahan yang merendang.

Daunnya berwarna hijau muda.

UMUM 
POKOK HUJAN-HUJAN

Pokok hujan-hujan juga dikenali sebagai

cenizero, ialah pokok teduh yang tumbuh dalam

iklim tropika. Pokok hujan-hujan mempunyai

batang yang pendek, tegap dan dahan yang

panjang merendang. Sesetengah pokok lebih

daripada 30 meter lebarnya. Pokok ini dinamakan

pokok hujan-hujan kerana lembapan yang

kelihatan seperti air hujan sering menitik darinya.

Cecair ini sebenarnya adalah lelehan daripada

serangga yang makan di atas pokok ini.

UMUM 
OAK HIDUP

Oak hidup ialah oak malar hijau yang cantik yang

tumbuh di sepanjang pantai tenggara di Amerika

Syarikat. Pokok ini tumbuh setinggi kira-kira 15

meter. Dahannya yang mendatar membentuk silara

yang merendang, rimbun. Daunnya yang berwarna

gelap, berkilat dan lonjong mungkin lima sentimeter

hingga 13 sentimeter panjangnya. Oak hidup adalah

pokok kegemaran bagi laman dan tepi jalan kerana ia

tahan terhadap kerosakan akibat ribut, serangga dan

penyakit. Kayunya kuat dan digunakan untuk membuat

kapal.

Pengelasan saintifik. Oak hidup adalah anggota

famili bic, Fagaceae. Ia adalah Quercus virginiana.

Lihat juga Oak; Pokok.

UMUM 

Kembali ke atas