Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.réng.sa.kan] | مريڠساکن

Definisi : menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pen­dedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.réng.sa.kan] | مريڠساکن

Definisi : me­nyebabkan berasa terganggu atau berasa tidak senang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merengsakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINYAK JARAK

Minyak jarak ialah minyak tidak berwarna yang

digunakan sebagai julap. Minyak yang baru adalah

jernih dan melekit. Minyak jarak merengsakan

dinding usus dan menyebabkannya berfungsi. Jika

digunakan terlalu kerap, ia boleh menyebabkan

sembelit. Minyak jarak digunakan sebagai ubat,

tetapi banyak proses perindustrian menggunakan

kebanyakan bekalan minyak ini.

UMUM 
ANTISEPTIK

Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau

memberhentikan pertumbuhan – kuman pada

tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan

membran mukus untuk membantu menghalang

jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk

melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak

merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza

daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan

ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang

terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik

adalah dadah yang merawat infeksi yang telah

berlaku.

UMUM 
MERKUROKROM

Merkurokrom ialah nama dagang bagi antiseptik

lemah yang digunakan dalam larutan air.

Nama rasminya ialah merbromin. Merkurokrom

adalah satu daripada antiseptik yang dikenali

sebagai merkurial organik yang mengandungi

merkuri. Merkurokrom ialah serbuk kasar

berwarna hijau, tetapi dalam larutan air, bahan ini

berwarna merah pekat. Formula kimia

merkurokrom ialah C 20 H 8 O 6 Ha 2 Br 2 Hg. Larutan

merkurokrom biasanya tidak terbakar atau

merengsakan apabila disapu pada luka.

Lihat juga Antiseptik.

UMUM 
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 
BROMIN

Bromin ialah unsur kimia cecair berwarna

kemerahan. Simbolnya ialah Br. Ia adalah sangat

reaktif, dan mudah mengewap menjadi gas

berwarna perang kemerahan yang mempunyai bau

yang kuat merengsakan.

UMUM 

Kembali ke atas