Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.réng.sa.kan] | مريڠساکن

Definisi : menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pen­dedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.réng.sa.kan] | مريڠساکن

Definisi : me­nyebabkan berasa terganggu atau berasa tidak senang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merengsakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acridakridKimiaTiada1. Merengsakan atau memedihkan. 2. Berkenaan dengan bau atau rasa yang tajam , pedih yang menusuk hidung.
dichloroethylene poisoningkeracunan dikloroetilenaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada I,I-dikloroetilena atau 1,2-dikloroetilena. Sebatian I,I-dikloroetilena merengsakan membran mukus, kulit, paru-paru, dan kornea, serta menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang, dan menjejaskan sistem saraf pusat. I, l-dikloroetilena digunakan sebagai bahan perantara dalam pembuatan plastik. Bahan ini juga bersifat karsinogenik. Had pendedahan kepada bahan ini ialah 10 ppm dan dos parah (LD50) ialah 5750 mg/kg. Sebatian 1, 2-dikloroetilena pula merengsakan membran mukus, kulit, paruparu dan kornea, dan memberi kesan pada sistem saraf pusat. Bahan ini digunakan sebagai pelarut lemak, fenol, kamfor dan sebagainya. Had pendedahan kepada bahan ini ialah 200 ppm dan dos parah ialah 770 mg/kg.
acridineakridinaPerubatanTiada2. Sebatian yang tengik dan sangat merengsakan, formula C6H4CHNC6H4.
ethyl chloroformateetil kloroformatKimiaTiadaCecair dengan bau yang merengsakan; formula ClCOOC2H5, takat didih 93oC-95oC.
tear gasgas pemedih mataKimiaTiadaSebatian kimia mudah meruap yang merengsakan mata untuk kegunaan kawalan keselamatan awam. Misalnya, xilil bromida, Ch3C6H4CH2Br, dan etil iosoasetat, CH2ICOOC2H5.
chlorine poisoningkeracunan klorinKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan klorin, iaitu gas yang merengsakan salur pernafasan. Had pendedahan ialah 1 ppm. Kesan korosif dan kesan pada pulmonari ialah pemusnahan lengkap kulit dan membran mukus. Kewujudan 4 ppm klorin di udara dapat dikesan melalui bau, manakala 30 ppm klorin di udara boleh menyebabkan batuk.
ferrum (111) fluoridefluorida)KimiaTiadaHablur hijau, tak larut dalam alkohol dan eter, toksik, dan sangat merengsakan; formula FeF3
bronchitisbronkitisHerbaPemiawaianRadang pada tiub bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan bakteria. Komplikasi penyakit lain, seperti campak atau influenza juga boleh mengakibatkan keadaan ini. Bronkitis boleh dirawat dengan menggunakan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra).
acroleinakroleinKimiaForensikFormula kimia, C3H40; nama IUPAC, 2-propenal. Cecair tanpa warna atau berwarna kekuningan, berbau busuk dan merengsakan, takat lebur - 87°C, takat didih 52.7°C, mudah terbakar, larut dalam air, alkohol dan eter, dan boleh disediakan melalui pendehidratan gliserin dengan kehadiran mangkin. Akrolein sangat reaktif dan toksik secara penyedutan atau pengingesan, dan merupakan perengsa yang kuat terhadap mata, kulit dan membrane mukus. Cecair ini digunakan sebagai bahan perantara untuk menghasilkan gliserol sintetik, resin poliuretana dan poliester, metionina, bahan farmaseuti kal, herbisid, dan agen amaran dalam gas.
savin oil poisoningkeracunan minyak savinKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan minyak savin, iaitu bahan yang digunakan sebagai antireumatik dan abortifasien. Bahan ini sangat merengsakan semua tisu. Tanda utama keracunan akut ialah muntah dan kegagalan peredaran darah. Gejala akibat pengingesan ialah pedih abdomen, loya dan muntah, cirit-birit, disuria, hematuria, tidak sedar, sesak nafas, dan konvulsi. Gejala akibat penyedutan ialah pening, pernafasan cetek yang cepat, takikardia, kerengsaan bronkus, dan tidak sedar atau konvulsi. Penemuan makmal menunjuk.kan air kencing mungkin mengandungi hemoglobin, sel darah merah, protein, kas, dan paras gula turun; anemia mungkin terjadi. Penemuan patologi dalam keskematian akibat pengingesan termasuk kemerosotan buah pinggang dan kesesakan teramat dan edema dalam paru-paru, otak dan mukosa gaster.
123

Kembali ke atas