Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.riam] | مريام

Definisi : sj senjata api yg lebih besar drpd se­napang; ~ buluh a) meriam yg larasnya panjang dan bulat; b) meriam mainan yg dibuat drpd buluh (dibubuhi karbida); ~ katak meriam yg kecil lagi pendek larasnya; ~ penangkis (kapal terbang) meriam utk menentang serangan kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.riam] | مريام

Definisi : senjata api yg besar dan berat (lebih besar drpd senapang). ~ buluh a. meriam yg larasnya panjang dan bulat. b. meriam mainan yg dibuat drpd buluh (diletupkan dgn menggunakan karbida). ~ katak meriam yg kecil lagi pendek larasnya. ~ penangkis meriam utk menentang serangan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meriam

Peribahasa

Seelok-elok makan peluru meriam.

Bermaksud :

Jaraknya sesuatu tempat menurut ukuran zaman dulu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penjodoh bilangan sepucuk senapang (betul/salah) sepucuk meriam (betul/salah) selaras senapang (betul/salah) selaras meriam (betul/salah)Penjodoh bilangan yang betul ialah selaras senapang dan selaras meriam.Tatabahasa04.04.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan " angina meriam"?Tidak ada maklumat tentang angina meriam dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang dapat kami berikan adalam dalam bidang perubatan istilah angina diterjemahkan kepada angina, iaitu penyakit yang menyebabkan kesakitan dan kesesakan nafas.Lain-lain17.08.2013
bunyi untuk meriam = degum-degam betul ke salah atau dentam-dentum bunyi utuk ape?

Degum-degam untuk meriam, dentam-dentum untuk bunga api.

Tatabahasa16.09.2008
Assalamualaiukum.. Bolehkah penggunaan penjodoh bilangan "laras" digunakan untuk pistol dan meriam ?Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada penggunaan penjodoh bilangan untuk meriam. Walau bagaimanapun melihat kepada bentuknya yang besar (dan tidak tentu saiznya) penjodoh bilangan yang sesuai ialah buah.Tatabahasa26.01.2011
Assalamualaikum. ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? kata kerja tersebut sy lihat boleh dipasifkan, tapi ayat tersebut diikuti dgn 'bahawa', 'untuk', 'ke' & 'daripada'. 1)menyatakan bahawa tajuk 2)merancang untuk merampas 3)bedilan meriam 4)membuktikan bahawa Kerajaan 5)mencatatkan bahawa askar 6)berbeza daripada majoriti rakyat 6)tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam 7)jatuh ke tangan Siam1) menyatakan bahawa tajuk - kata kerja aktif transitif
2) merancang untuk merampas - kata kerja aktif transitif
3) bedilan meriam - kata nama
4) membuktikan bahawa Kerajaan - kata kerja aktif transitif
5) mencatatkan bahawa askar - kata kerja aktif transitif
6) berbeza daripada majoriti rakyat - kata kerja transitif berpelengkap
6) tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam - frasa kata kerja
7) jatuh ke tangan Siam - frasa kata kerja
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, tajuk pembentukan kata kerja.
Tatabahasa27.03.2012
apakah maksud cerompong?Menurut Kamus Dewan Bahasa, Cerompong membawa maksud muncung meriam (senapang).Makna28.01.2013
merujuk kepada soalam saya sblm ini...saya jelas tentang penjodoh bilangan tentang meriam..tetapi ada satu lagi soalan yang blm dijelaskan iaitu bolehkah laras digunakan untuk pistol ?Penjodoh bilangan bagi pistol ialah pucuk, iaitu sepucuk pistol. Terima kasihLain-lain01.02.2011
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah "swivel gun"?waalaikumsalam, "swivel gun" merujuk kepada Meriam. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh rujuk artikel ini https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3188/1/MelayuSudahLamaAdaSenjataApi.pdfIstilah22.03.2020
Assalamualaikum, saya ingin mendapat kepastian penggunaan kata 'mengenai' dan 'tentang' dalam ayat.. Harap pihak tuan dapat menjelaskan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. Terima kasih. Meriam Yahaya Assalamualaikum, saya ingin mendapat kepastian penggunaan kata 'mengenai' dan 'tentang' dalam ayat.. Harap pihak tuan dapat menjelaskan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. Terima kasih.Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum seperti ayat "Mereka berbincang tentang masalah Negara". Kata sendi nama tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada seperti ayat Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278.Tatabahasa20.05.2013
Salam, Saya hanya ingin bertaya apakah perbezaan di antara letusan dan letupan? Terima kasih. Kamus Pelajar mendefinisikan letusan sebagai hal atau bunyi meletus; letupan; ledakan. Manakala letupan bermaksud bunyi meletup; letusan; ledakan: Contoh; Letupan meriam itu terdengar hingga ke kampung kami. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.Tatabahasa10.10.2016
12

Kembali ke atas