Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ri.ngan.kan] | مريڠنکن

Definisi : 1. menjadikan ringan, meng­en­­teng­kan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya ke­asli­­an penulisannya dikekalkan; 2. = me­ringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia se­ngaja ~ hukum; pe­nyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringan­kan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurang­kan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ri.ngan.kan] | مريڠنکن

Definisi : 1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Peribahasa

Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut,
     takkan dapat menghilangkan masinnya.

Bermaksud :

Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
commutation of debtperinganan hutangEkonomiEkonomi IslamLangkah meringankan bebanan hutang yang ditanggung oleh orang yang berhutang. Tindakan ini dilakukan oleh pemberi hutang atas dasar belas kasihan, pertolongan dan ihsan kepada orang yang berhutang. Langkah yang biasa dilakukan untuk meringankan hutang ialah muqasah, da’ wa ta’jil dan ibra’. Sinonim takfif.
plea in mitigationrayuan meringankan hukumanUndang-undangTiadaTiada
plea in mitigationrayuan meringankan hukumanSejarahTiadaPermohonan yang meminta untuk diringankan hukuman yang telah dijatuhi kepada peringkat kehakiman yang lebih tinggi.
isoprenalineisoprenalinePerubatanTiadaIsoproterenil: Amina simpatomimetik yang digunakan untuk meringankan bronkokonstriksi dalam astma, digunakan sebagai perangsang kardiak/jantung dalam halangan jantung.
consolidated loanpinjaman gabungPentadbiranTiadaPinjaman yang disatukan untuk meringankan beban membayar balik hutang.
drugdrugFarmasiFarmaseutikSebarang bahan kimia yang digunakan untuk mencegah, meringankan, merawat atau menyembuhkan penyakit manusia dan haiwan.
jettisonmembuangKejuruteraanTiadaPembuangan barang-barang keluar daripada pesawat, terutamanya untuk meringankan pesawat yang berada dalam kecemasan.
fuel jettisioningbuang minyakKejuruteraan AutomotifTiadaProses membuang minyak pesawat untuk meringankan pesawat supaya pendaratan kecemasan boleh dilakukan dengan selamat.
fuel dumpingbuang minyakKejuruteraan AutomotifTiadaProses membuang minyak pesawat untuk meringankan pesawat supaya pendaratan kecemasan boleh dilakukan dengan selamat.
drugdrugFarmasiFarmakologiAgen terapeutik atau sebarang bahan kimia yang digunakan untuk mencegah,mendiagnosis, meringankan, merawat atau menyembuhkan penyak:it manusia dan haiwan. Sinonim ubat.
123

Kembali ke atas