Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (mérit) sifat, kualiti, perbuatan, dsb yg patut layak mendapat kepujian atau peng­hargaan: penekanan yg lebih diberi kpd ~ individu; meyakinkan orang ramai terhadap ~ sesuatu program. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /mérit/ sifat, kualiti, perbuatan dsb yg layak mendapat pujian atau penghargaan: Pengambilan para pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan dan ~ individu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Calon berikut yang telah mencapai merit akademik yang mencukupi dan memenuhi xxx atau Calon berikut yang telah mencapai merit akademik yang cukup dan memenuhi xxxAyat yang betul ialah “Calon berikut telah mencapai merit akademik yang mencukupi dan memenuhi xxx”.Tatabahasa28.05.2019
nak tanya maksud perkataan berikut 1. merit 2. mangkin 3. malim 4.maya 5.mapan sekian terima kasih1. Merit ialah sifat, kualiti, perbuatan, dan sebagainya yang patut layak mendapat kepujian atau penghargaan.2. Mangkin bermaksud faktor yang dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan.  3. Malim ialah orang yang alim.   4. Maya ialah sesuatu yang kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada.  5. Mapan bermaksud tidak berubah-ubah atau sudah diterima umum.Makna13.02.2009
Saya Fateehah mat-adam Saya belajar bahasa dan Saya ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna KeharmatanTiada maklumat berkaitan perkataan keharmatan dalam data kami. Walau bagaimanapun terdapat perkataan yang hampir dengan perkataan tersebut iaitu kehormatan yang bermaksud pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sebagai menghargai jasanya yang besar itu, Florence Nightingale telah dikuniai ~ Order of Merit oleh Raja Inggeris dalam tahun 1907. 2 nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3 kebesaran atau kemuliaan raja-raja dan lain-lainl: ~ Raja-Raja Melayu. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=KEHORMATANMakna09.11.2015
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara. Baru-baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakah masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap dan menjawat jawatan yang setaraf dengan kelayakan saya lebih-lebih lagi kos taraf hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Terima Kasih

Sdr,

Terlebih dahulu saya ingin mengcucapkan tahniah di atas kejayaan sdr terpilih untuk menjawat jawatan tersebut. Sdr sewajarnya memanfaatkan peluang ini dalam keadaam pasaran kerja yang tidak begitu baik pada masa kini.

 

Sebagai makluman sdr, tidak ada sebarang jaminin bagi mana-mana penjawat jawatan bertaraf sambilan untuk diserapkan ke dalam jawatan bertaraf tetap. Ia merupakan proses pengambilan pekerja yang berasingan. Untuk itu, sdr perlu mengemukakan permohonan untuk menjawat jawatan tetap dan harus melalui proses temu duga dan sebagainya dan akan dipertimbangkan sebagaimana pemohon lain. Pemilihan adalah berasaskan kelayakan dan merit.

 

Walau bagaimanapun, sebagai penjawat bertaraf sambilan, sdr mempunyai kelebihan sedikit berbandign calon lain kerana sdr telahpun mempunyai pengalaman kerja dan mengetahui serba sedikit tentang fungsi, dan kaedah kerja di DBP yang dapat membantu sdr dalam temu duga kelak.

Lain-lain28.10.2008

Kembali ke atas