Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ri.to.kra.si] | ميريتوکراسي

Definisi : (méritokrasi) sistem sosial yg menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya (bukan kerana keturun­an atau kekayaan): organisasi yg mengamal-kan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meritokrasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meritocracymeritokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemilihan calon yang berasaskan kepada kebolehan seseorang dan menolak faktor-faktor lain seperti kaum, bahasa, warna kulit, keturunan keluarga atau pilih kasih. Melalui sistem ini, kenaikan seseorang dalam hierarki dan pangkat bersandar kepada keupayaan yang ditunjukkan. Pemimpin dalam sistem ini dipilih melalui sifat kepimpinan yang bijak, cemerlang dan diterima masyarakat. Contohnya, 'philosopher king' iaitu kumpulan pemimpin yang dicadang oleh Plato, jelas berasaskan meritokrasi.
meritocracymeritokrasiPendidikanTiadaTiada
meritocracymeritokrasiSains PolitikTiadaTiada
meritocracymeritokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
depoliticizationpenyahpolitikanSains PolitikPolitik PerbandinganProses meminimumkan pengaruh politik secara berperingkat dalam sesuatu urusan, penggubalan keputusan atau pentadbiran. Proses ini dilakukan untuk mewujudkan situasi pentadbiran yang bersifat telus dan adil. Dalam sistem demokrasi, proses ini berlaku melalui pembentukan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan. Pemisahan ini dilakukan untuk memastikan wujudnya proses semak dan imbang antara ketiga-tiga badan tersebut. Unsur seperti berkecuali atau meritokrasi dalam bidang pentadbiran pula merupakan elemen yang bersifat penyahpolitikan. Contohnya, pengenalan meritokrasi dalam pemilihan calon ke universitimerupakan penyahpolitikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Malaysia.
senioritykekanananPentadbiranPentadbiran Awam

Kedudukan yang lebih tinggi dalam struktur pentadbiran. Terdapat beberapa cara menentukan kekananan. Pertama, penentuan berdasarkan kepada tarikh pelantikan. Seseorang yang lebih lama dilantik adalah lebih kanan berbanding dengan kakitangan yang lain. Sekiranya tarikh pelantikan adalah sama bagi beberapa orang pegawai, maka tarikh kekananan mereka akan ditentukan mengikut susunan bilangan pilihan temuduga suruhanjaya. Kedua, penentuan berdasarkan meritokrasi. Kecemerlangan perkhidmatan seseorang boleh melonjakkan kedudukannya ke suatu jawatan yang lebih tinggi. Seseorang anggota perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh mendaki struktur hierarki dengan lebih cepat. Kelazimannya kekananan seseorang akan mempengaruhi kedudukannya dalam pentadbiran dan proses kenaikan pangkat.


Kembali ke atas