Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ron.ta] | مرونتا

Definisi : , meronta-ronta berusaha sekuat tenaga melepaskan diri drpd pegangan (ikatan dll) dgn bergerak-gerak dll, meng­gelepar-gelepar: ia semakin kuat ~ utk lepas; ikan itu ~ hingga tembus jalaku; pelajar perempuan yg diserang penyakit ganjil sedang meronta-ronta dan ditolong oleh rakan-rakannya; hati (fikiran) ~ selalu resah (gelisah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ron.ta] | مرونتا

Definisi : bergerak-gerak dgn sekuat-kuat tenaga utk melepaskan diri drpd pegangan orang dll; menggelepar-gelepar: Pencuri itu ~ hendak melepaskan dirinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ronta
Kata Terbitan : meronta, meronta-ronta,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PICKEREL

Pickerel ialah nama yang diberi kepada tiga

anggota yang kecil dalam famili pike di Amerika

Utara. Seperti semua pike, pickerel sebenar

mempunyai mulut yang besar dan makan dengan

lahapnya. Ikan ini meronta untuk melepaskan

diri apabila terkena mata kail. Semua pickerel hidup

dalam air tawar. Ia biasanya memakan ikan lain yang

lebih kecil.

UMUM 
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT

Sindrom kematian bayi mengejut, juga

disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah

suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi

yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi

didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di

atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan,

walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji

keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di

kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi

mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab

utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah

memerhatikan kejadian yang membawa kepada

SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru,

tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang

malang ini tidak menangis atau meronta.

UMUM 

Kembali ke atas