Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.pa.ti] | مرڤاتي

Definisi : sj burung, burung dara, Columba domestica; ~ mas sj burung, Caloenas nicobarica; ~ mahkota, Goura cristata; ~ dua sejoli ki sepasang orang yg sedang ber­kasih-kasihan; jinak-jinak ~ ki perempuan yg kelihatan senang diperdaya tetapi sebenar­nya tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.pa.ti] | مرڤاتي

Definisi : nama sj burung; burung dara, Columba domestica. jinak-jinak ~ kelihatan mudah didekati tetapi tidak mudah dipikat (bkn perempuan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merpati

Puisi
 

Merpati telurnya hijau,
     Pecah sebiji di dalam cawan;
Abang pergi ke langit hijau,
     Adik menanti di kaki awan.


Lihat selanjutnya...(34)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BURUNG MERPATI HINGGAP DI/PADA DAHAN POKOK SENA SETELAH TERBANG KE SANA KE SINIDI DAN PADA BOLEH DIGUNAKAN. TATABAHASA DEWAN - SENDI NAMA DI DAN PADATatabahasa20.05.2011
Kemasukan peribahasa “Degar-degar merapati”, halaman 61 Kamus Istimewa Peribahasa Melayu serupa dengan “degar-degar merpati” dari Kamus Besar Bahasa Indonesia yang membawa maksud “perselisihan antara suami isteri. Apakah ejaan yang betul, *merapati” atau *merpati? Kata *bertagar dimaksudkan juga *berdegar-degar yang dikaitkan denganyi *bunyi seperti guruh. Bagaimanakah *bunyian itu *merapati?1. Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ejaan yang digunakan ialah “merapati”. 
2. Untuk soalan yang kedua, soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon nyatakan pertanyaan dengan lengkap dan jelas. 

Ejaan06.01.2023
Burung merpati hinggap di dahan pokok sena setelah terbang ke sana sini. Soalan: penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas. Jawapan untuk soalan di atas sama ada "di dahan pokok" atau "pada dahan pokok". -soalan ujian BM Selaras ZPWPKL 2011.Berdasarkan rumus tatabahasa, penggunaan yang paling tepat ialah pada - Burung merpati hinggap di dahan pokok sena setelah terbang ke sana sini. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 275, (c) kata sendi nama "pada"-  terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja.Tatabahasa20.05.2011
Tuan, bolehkah kita menyebut helang bagi merujuk kepada burung helang atau perlu meletakkan perkataan burung di pangkalnya?Bagaimanakah dengan burung-burung lain seperti burung pipit, burung merpati dan lain-lain?Sewajarnya disebut burung helang, burung pipit, burung merpati dan sebagainya bagi merujuk burung untuk mengelakkan kekeliruan kerana nama-nama burung juga digunakan untuk benda-benda lain.Lain-lain15.11.2011
'penternak' madu lebah, burung waliit dan burung merpati. dari segi teknikalnya mereka tidak menternak. mereka memperoleh hasil dari haiwan yang berlepas bebas. mereka juga tidak pelihara haiwan itu sebab haiwan itu mencari makan sendiri di alam liar. Haiwan ini boleh berpindah tempat dan mendapat 'tuan' baru. haiwan ini boleh dianggap liar. bahasa inggerisnya yg hamper ialah 'ranching'. Ranch dalam kamus melayu ialah kawasan peternakan yang luas. beribu2 ekar. Jika di fahami dari segi peternakan. sebetulnya Haiwan dalam ranch dibiarkan lepas dan bebas tanpa kandang dan pagar, dan dibiarkan meragut sendirian dgn rumput yang tumbuh liar. saya cadangkan pemunya ternakan (sebetulnya bukan kepunyaan mereka dgn mutlak) utk sistem peternakan ini di beri istilah baru dan saya cadangkan dgn memahami konsep peternakan itu sendiri. sebagai contoh 'penyadap' nira anau adalah orang yg mengerat ,mengutip dan mengumpul nira. pokok anau itu bukan hak mutlaknya. saya ada lihat perkataan melayu nya 'ranco' adaptasi inggeris. jadi kalau digunakan ia menjadi "peranco lebah kelulut" (walit, atau merpati).. atau patut disemak lagi perbendaharaan kata melayu sebab budaya melayu sejak dulu ada sahaja aktiviti ranching khusus nya dalam mencari sumber makanan dari sumber alam, yg percuma dan tanpa input atau modal pelaburan. sekian terima kasih,Istilah yang tuan cadangkan, iaitu "peranco" akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk diteliti dan dibincangkan. Istilah06.10.2016
Sila berikan maksud peribahasa berikut: 1) jinak-jinak merpati 2) jinak-jinak lalat 3) berdiri di atas pagar 4) terang-terang tanah 5) menangguk di air keruh 6) mengajar itik berenang 7) berkerat rotan berpatah arang 8) makin murah makin menawar 9) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 10) alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan 11) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Terima Kasih.

1. perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri. 2. seseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra. 3. tidak berpihak ke mana-mana 4. pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan. 5. mencari keuntungan dll. sementara ada kekacauan.  

bagi peribahasa seterusnya sila rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Lain-lain05.05.2008
Slm. Bolehkah tuan semak ayat di bawah. 1 Tetapi, dia tiada harta lagi kecuali rumahnya sahaja. 2.Tetapi, mangkuk itu hanya ada satu sahaja dalam dunia ini. (Bolehkah digunakan perkataan tetapi pada awal ayat dalam buku cerita.) 3. Berita itu telah tersebar ke/kepada burung merpati."tetapi" ialah kata hubung gabungan tidak boleh digunakan pada awal ayat. Ayat yang betul ialah: 1. Dia tiada harta lagi kecuali rumahnya sahaja. 2. Mangkuk itu hanya ada satu sahaja di dunia ini. 3. Berita itu telah tersebar kepada burung merpati.Tatabahasa13.12.2018
mengapakah frasa dikatakan sebagai unsur yang paling asas dalam hierarki sintaksis?

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa ialah  unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Contoh frasa yang mengandungi dua perkataan ialah “burung merpati” dan binaan frasa yang mengandungi satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas ialah seperti perkataan “burung” yang dapat dikembangkan menjadi dua perkataan atau lebih menjadi “seekor burung”, “burung merpati”, “seekor burung merpati” dan sebagainya. Oleh itu, frasa dikatakan unit asas kerana daripada binaan susunan frasalah yang dapat dikembangkan menjadi ayat.

Tatabahasa25.02.2018
Apakah maksud dipersembah dan dipersembahkan? Sila nyatakan kegunaaan dua perkataan ini dalam ayat yang lengkap.Kata yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2025) ialah kata mempersembahkan dan dipersembahkan, yang diberikan takrif seperti yang berikut:

mempersembahkan kata kerja transitif [kata pasif: dipersembahkan, persembahkan]
1 menyampaikan (sesuatu berita, surat dan sebagainya) dengan takzim dan penuh hormat; menyembahkan.
Contoh penggunaan
Maka menteri itu pun mempersembahkan hal tersebut kepada Betara Raden Merpati.
Dengan segera perkara itu pun dipersembahkan kepada Sang Nila Utama.

2 bahasa kiasan 
menunjukkan atau menayangkan (tarian, filem dan sebagainya) kepada seseorang  atau khalayak.
Contoh penggunaan
Pelajar mempersembahkan tarian tradisional masyarakat di Sarawak semasa program tersebut.
Skrip drama yang telah ditulis akan dipersembahkan di atas pentas.
Makna30.10.2023
Bolehkah saya buah begini melihat jantaungku dijara Cukup!,jgn membungkamku Tak restu! Syurga neraka,tahu ttg dirimu/Tiupan sahara memarahimu, Kau akan tunduk malu/sesalanmu tdk berguna lagi inilah kebenaraanyya,kukan tahan Berhenti cucuki sanubariku, kukan melawanmu, sampai titik(darah) kehabisanku Menjerit sang suara,terlerailah, Bebanan yang menderaku Berselokalah suaraku, Derita! Pelayaranku penuh rona, Ku lelah menjadi bayanganmu Derita!!! sambung* Tangisan suara, Terbakar hati yg membara Peperangan kian bermula Dengarkanlah deritaku Derita! Disuburkanku sinaran harapan, Bolehkah,aku melepasinya, Jdiku s'perti merpati, terbang bebas di angkasa, Melepaskan sayap emasku, Menerusi angin menderu laju, Yg terkunci dlm kesepian Biarlah membara! Cah'ya suria dan rembulan. Utuh berdiri di kejora Saban beribu tahun lamanya Tangisan suara! Kesakitan dan kesedihanFrasa-frasa ini  tidak sesuai digunakan dalam konteks rasmi. Walau bagaimanapun boleh digunakan dalam konteks tidak rasmi seperti catatan peribadi.Tatabahasa21.07.2019
12

Kembali ke atas