Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.pa.ti] | مرڤاتي

Definisi : sj burung, burung dara, Columba domestica; ~ mas sj burung, Caloenas nicobarica; ~ mahkota, Goura cristata; ~ dua sejoli ki sepasang orang yg sedang ber­kasih-kasihan; jinak-jinak ~ ki perempuan yg kelihatan senang diperdaya tetapi sebenar­nya tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.pa.ti] | مرڤاتي

Definisi : nama sj burung; burung dara, Columba domestica. jinak-jinak ~ kelihatan mudah didekati tetapi tidak mudah dipikat (bkn perempuan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merpati

Puisi
 

Merpati telurnya hijau,
     Pecah sebiji di dalam cawan;
Abang pergi ke langit hijau,
     Adik menanti di kaki awan.


Lihat selanjutnya...(34)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pigeon postmel merpatiPentadbiran PerniagaanTiadaMel yang dibawa oleh burung merpati semasa perang Franco-Prussian pada tahun 1870-1872.
iconic symbollambang ikonikKesusasteraanPuisiLambang yang mempunyai sifat-sifat ikonik yang digunakan oleh penyair bagi mewakili sesuatu yang lain sama ada berupa objek atau unsur-unsur kemanusiaan. Dalam puisi ini 'merpati putih' melambangkan kedamaian dan keamanan seperti yang digambarkan dalam puisi "Merpati Putih, Jelajahilah Dunia ini" karya Usman Awang. Merpati putih, jelajahilah dunia ini! Hembuskan udara baru yang kauhirup dari malam, Biar bunga-bunga mekar menguntum, Biar bibir-bibir segar tersenyum.
DoveMerpatiFizikTiadaTiada
pigeonmerpatiPertanianTiadaTiada
squabanak merpatiVeterinarTiadaTiada
ColumbaColumba (Merpati)MatematikTiadaBuruj hemisfera selatan yang berhampiran dengan Canis Major, dan bintang tercerah adalah terdiri daripada bintang magnitud ketiga.
dovetail plateplat ekor merpatiKejuruteraanTiadaTiada
pigeonhole cabinetgerobok lubang merpatiPertanianTiadaTiada
pigeon orchid (Dendrobium crumenatum)anggerik merpati (Dendrobium crumenatum)PertanianTiadaTiada
dead metaphormetafora usangKesusasteraanPuisiSegala metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penciptaan penyairnya. Contohnya, metafora 'Merpati Putih' dan 'Bendera Putih'.
12

Kembali ke atas