Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.si/] | مرسيق

Definisi : 1. kuat lagi nyaring (suara, bunyi, dll), lantang: jeritan ~ itu sudah tidak kedengaran lagi; 2. kering benar, tidak berair (sambal dll), garing (gorengan): bibirnya kering ~; 3. = kurus ~ sangat kurus, kurus kering: akan Sang Sura kecil tubuhnya, rencang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.si/] | مرسيق

Definisi : 1 kuat lagi nyaring (bkn suara atau bunyi): Suara perempuan itu ~. 2 kering benar; tidak berair (bkn sambal dll); garing (bkn gorengan): sambal yg ~. 3 = kurus ~ sangat kurus; kurus kering: Badannya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mersik (adjektif)
1. Bersinonim dengan nyaring: lantang, kuat,

2. Bersinonim dengan kering: garing.



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan tentang perkataan gemersik dan gemerisik. Adakah kedua-dua perkataan ini baku dan apakah kata dasar untuk kedua-dua perkataan ini. Terima kasihPerkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah gemeresik dan mersik. Gemeresik atau bergemeresik bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan). Mersik bermaksud kuat lagi nyaring (suara, bunyi dll.), lantang.Makna22.04.2016
1) Apakah maksud perkatan gemersik sebenarnya sebab perktaan tersebut tiada dalam daftar kamus dewan edisi 4. 2) Jika ada apakah maksud perkataan tersebut? 3)Dalam konteks ayat di bawah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? -Suara penyanyi itu sungguh ___________semasa mendendangkan lagu irama asli. (Mana satu sesuai digunakan?GEMERSIK/MERDU?)Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah gemeresik dan mersik. Gemeresik atau bergemeresik bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan). Mersik bermaksud kuat lagi nyaring (suara, bunyi dll.), lantang. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah merdu. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli.Makna25.08.2012

Kembali ke atas