volatile oil | minyak meruap | Herba | Tiada | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati. |
volatile oil determination | penentuan minyak meruap/pati | Herba | Tiada | Prosedur penentuan kandungan minyak meruap/pati dalam bahan herba. Nilai peratusannya merupakan ukuran kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan minyak biasanya meruap/pati dalam sejumlah berat bahan diukur dengan kaedah penyulingan stim menggunakan peralatan Clavenger. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai minyak meruap/pati bagi biji buah pelaga ialah tidak kurang daripada 4.0%v/w dan bagi kulit kayu manis ialah tidak kurang daripada 1.0%v/w. |
gas chromatography | kromatografi gas | Herba | Tiada | Kaedah pemisahan dan pengukuran kuantitatif bahan kimia meruap dan separa meruap yang terdapat dalam herba. Fasa pegunnya terdiri daripada bahan pepejal yang dipadatkan dalam turus atau kapilari. Fasa geraknya terdiri daripada bahan gas seperti helium, nitrogen atau hidrogen. Kromatografi gas digunakan dalam analisis kawalan kualiti sebahagian bahan herba, terutamanya yang mengandungi minyak pati dan minyak meruap. Lazimnya dalam analisis ini, larutan sampel herba disuntik ke dalam turus atau kapilari. Bahan kimia dalam ekstrak yang terpisah akan dikesan oleh alat pengesan seperti pengesan pengionan nyala (FID) dan menghasilkan profil kromatogram dalam bentuk puncak. Nilai masa penahanan (Rt) dan luas di bawah lengkung bagi setiap puncak yang terpisah ditentukan. |
vapourizer outside circuit (VOC) | pengewap luar litar (VOC) | Perubatan | Tiada | Pengewap agen meruap yang terletak di luar litar anestesia dengan kepekatan inspirasi agen meruap ditentukan oleh tekanan wap tepu agen meruap, suhu dalam pengewap, nisbah pecahan, luas permukaan untuk pengewapan serta ciri aliran dan isi padu agen meruap di dalam ruang pengewap. Contohnya, pengewap Fluoetec. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Fitokimia | Minyak bukan lemak yang mempunyai bau dan rasa yang kuat, biasanya menyamankan. Minyak meruap boleh didapati daripada bunga, atau bahagian lain pokok melalui pengekstrakan pelarut atau penyulingan stim. Terpena merupakan komponen utama minyak meruap di samping campuran aldehid, asid atau alkohol. Terpena lebih mudah diruapkan berbanding minyak sayuran dan diperoleh daripada pelbagai jenis tumbuhan, sesetengahnya mempunyai nama eksotik seperti bois-de-rose, minyak neroli, minyak ylang-ylang, minyak ros otto dan patchouli. Minyak meruap juga digunakan dalam minyak wangi, bahan pewangi dan perasa makanan. Minyak turpentin pula digunakan sebagai pelarut dan penipis cat. Sinonim minyak pati. |
mixed liquor suspended volatile solid | likuor campuran pepejal terampai meruap | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian daripada likuor campuran pepejal terampai yang meruap apabila dipanaskan kepada 60°C.Bahagian meruap ini terdiri daripada bahan organik dan menunjukkan biojisim yang wujud dalam tangki pengudaraan. |
volatile suspended solids (VSS) | pepejal terampai meruap | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian pepejal terampai yang meruap dan boleh ditentukan dengan membakar pepejal tersebut pada suhu 550°C dalam relau redam. Kehilangan berat akibat pembakaran merupakan jumlah pepejal terampai meruap. |
agent specific vapourizer | pengewap agen spesifik | Perubatan | Tiada | Kategori alat tertentu yang digunakan untuk meruap agen tertentu. Contohnya, alat pengewap agen meruap halotana hanya digunakan untuk agen halotana, manakala alat pengewap agen meruap isoflurana hanya digunakan untuk agen isoflurana. |
volatile generation | penjanaan meruap | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penghasilan sebatian meruap melalui proses pemanasan sesuatu bahan. Contohnya, penghasilan pirazina melalui pirolisis asid amino. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Pemiawaian | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahagian herba seperti daun, bunga, buah dan kulit kayu melalui penyulingan stim dan penyulingan air. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus), minyak pati daun kesum (Polygonum minus) dan minyak pati pudina (Mentha arvensis). |