Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : merujuk drpd satu kata atau bahagian buku (makalah, rencana dsb) kpd satu kata atau bahagian buku (makalah, ren­cana dsb) yg lain: pemilihan kata dibuat se­cara ~ kpd kata yg menjadi komponen makna yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : membuat rujukan dr satu kata atau bahagian buku, rencana dsb ke satu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain utk mendapatkan keterangan atau maklumat lanjut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silang
Kata Terbitan : bersilang, menyilangkan, persilangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah panduan umum dalam transliterasi perkataan Arab berkenaan huruf hamzah, kaf dan qaf. Dan adakah ruang untuk memasukkan penggunaan yang lebih merujuk kepada ejaan Arab di dalam ejaan yang telah dgunapakai di dalam Kamus Dewan, sebagai rujukan silang cthnya, perkataan "takwa" dan diwujudkan rujukan silang dengan perkataan "taqwa." Moga Allah membalas jasa baik pihak tuan. wassalamPedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dirumus khusus bagi penerbitan buku-buku agama khususnya yang berkaitan dengan istilah Agama Islam. Dalam proses transliterasi perkataan Arab ke Rumi, huruf hamzah kepada tanda ', kaf kepada k dan qof kepada q. Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab ke dalam ejaan Jawi dan diselaraskan ejaannya dalam Rumi seperti wuduk, wuquf dan reda. Manakala kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu seperti sabun, darurat dan sahabat. Wallahualam.Lain-lain14.01.2013
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007
Apakah jawapan yang sesuai? Saya terpikat............kejelitaan wajah pelakon muda itu. pada,akan,oleh,dengan,kepada

Untuk makluman sdr Ahmad perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, tugasan pelajar, dan sebagainya.  Bagi menjawab soalan sdr ini,  kesemua jawapan  yang diberikan seperti akan, pada, kepada, oleh, dengan  merupakan kata sendi nama yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut konteks ayat (rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga tentang penggunaan kata sendi nama hlm 272 hingga 285).  Oleh yang demikian,  jawapan yang betul ialah akan.  Hal ini kerana, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Kata adjektif kecantikan atau kejelitaan  dapat menimbulkan sifat suka atau asyik apabila seseorang itu melihat wajah pelakon tersebut. 

Tatabahasa23.02.2009

Kembali ke atas