Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.ju/.kan] | مروجوعکن

Definisi : mengemukakan utk dikaji, me­manjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.ju/.kan] | مروجوعکن

Definisi : mengemuka­kan sesuatu perkara utk dikaji: Hakim besar ~ perkara itu semula kpd mahkamah rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merujukkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan segala hormatnya saya diarahkan merujukkan tuan perkara diatas dan emel tuan bertarikh 14 Disember 2020 adalah berkaitan.Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas supaya pihak kami dapat memberikan bantuan.Lain-lain15.12.2020
Manakah yang betul? i) wal afiat ii) walafiat Merujukkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah wal afiat. Sesetengah buku rujukan juga menggunakan wal afiat.Ejaan yang betul ialah wal afiat.Tatabahasa04.07.2013
Manakah yang betul? 1. otak cair 2. cair otak Merujukkan kamus dewan edisi keempat, cair otak digunakan.Berdasarkan kelaziman bentuk yang ada, frasa "otak cair" yang lebih tepat, contoh lain seperti "otak beku" dan "muka tembuk".Tatabahasa28.04.2013
Tuan / Puan, adakah istilah "baharu" merupakan bentuk lama untuk istilah "baru"? Akan tetapi, ada pandangan kini yang mengatakan istilah "baharu" digunakan untuk merujuk "sesuatu benda atau ciptaan yang baharu", manakala istilah "baru" untuk merujukkan "sesuatu (peristiwa) yang baru berlaku", adakah ini betul? Contohnya, laman jaringan sosial adalah satu medium komunikasi yang "baru" atau "baharu"? Terima Kasih. (Daripada Soo Yew Phong)

Puan Soo,

Perkataan baharu /baru( padanan bahasa Inggeris "new") digunakan dalam konteks tahun baharau/baru; rumah baharu/baru, iaitu sebagai kata sifat, manakala perkataan baru(padanan bahasa Inggeris "just" atau "recently") digunakan dalam konteks  baru tiba ; baru-baru ini, iaitu sebagai kata bantu. 

Tatabahasa27.12.2010

Kembali ke atas