Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.ju/.kan] | مروجوعکن

Definisi : mengemukakan utk dikaji, me­manjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.ju/.kan] | مروجوعکن

Definisi : mengemuka­kan sesuatu perkara utk dikaji: Hakim besar ~ perkara itu semula kpd mahkamah rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merujukkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merujukkanmengemuka­kan sesuatu perkara utk dikaji: Hakim besar ~ perkara itu semula kpd mahkamah rendah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merujukkanmengemukakan utk dikaji, me­manjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah;Kamus Dewan Edisi Keempat
merujukkanmengemukakan sesuatu perkara utk dikaji: Hakim besar ~ perkara itu semula kpd mahkamah rendah. Kamus Pelajar
merujuksilangkanmerujukkan sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb ke sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: Kata itu dirujuksilangkan ke kata yg mempunyai erti yg sama dgnnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merujuksilangkanmerujukkan sesuatu (kata, bahagian buku dsb) kpd sesuatu (kata, bahagian buku dsb) yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: setiap entri haruslah di­rujuksilangkan dgn entri lain yg bersinonim dengannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
perujukanperihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rujukberusaha supaya pasangan yg bercerai itu ~ semula. merujuk 1 melihat buku dll utk memperoleh keterangan lanjut dll ttg sesuatu perkara: ~ kpd surat tuan; Karya-karya yg bermutu dirujuk utk mendapatkan maklumat lanjut. 2 mengahwini bekas isteri semasa masih dlm idah. merujukkan mengemuka­kan sesuatu perkara utk dikaji: Hakim besar ~ perkara itu semula kpd mahkamah rendah. rujukan keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara; sumber (buku dll) utk memperoleh keterangan lanjut: Buku itu dijadikan ~ dlm bidang ekonomi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rujukAr 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut syarat-syarat ter­tentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pen­dirian yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak meng­­harapkan pemimpin-pemimpin itu da­tang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali; merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya ber­tanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler; merujukkan mengemukakan utk dikaji, me­manjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; rujukan keterangan lanjutan mengenai se­suatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat ke­terangan yg lebih lanjut; perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan; perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rujuk silangkata, tanda dsb yg mengarahkan perhatian pembaca dr satu tempat ke tempat lain dlm sesebuah buku, fail dsb utk keterangan atau maklumat lanjut. merujuk silang membuat rujukan dr satu kata atau bahagian buku, rencana dsb ke satu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain utk mendapatkan keterangan atau maklumat lanjut. merujuksilangkan merujukkan sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb ke sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: Kata itu dirujuksilangkan ke kata yg mempunyai erti yg sama dgnnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memulangkan1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas