Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.run.sing.kan] | مرونسيڠکن

Definisi : menjadikan runsing, me­nyebabkan runsing, merisaukan: dlm keadaan begini, ia tidaklah patut dirunsingkan; perbelanjaan pelajaran ~ fikiran ahli-ahli politik dan orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.run.sing.kan] | مرونسيڠکن

Definisi : menimbulkan atau mendatangkan rasa runsing: Kegagalannya dlm peperiksaan itu ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merunsingkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya seorang PK Kokum yang mengajar Bahasa Malaysia di sebuah sjk (C). Saya sering ditanya atau mendengar rakan-rakan sekolah atau guru-guru daripada sekolah lain yang membincangkan kegunaan kata ganti nama "ia" boleh digunakan untuk manusia selain daripada boleh digunakan untuk benda dan haiwan. Persoalan mereka agak merunsingkan. saya berharap pakar bahasa pihak DBP dapat memberi penjelasan kepada saya agar saya dapat menjelaskan persoalan ini kepada guru-guru yang berkenaan demi memartabatkan Bahasa Malaysia. Sekian, terima kasih.Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.Tatabahasa21.01.2013

Kembali ke atas