Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.séj] | ميسيج

Definisi : (méséj) 1. pesanan (berita, kata-kata singkat) yg hendak disampaikan kpd sese-orang dsb: Don Norton mengingati ~ telefon yg telah diterimanya drpd pengurus itu; 2. sesuatu (gagasan, pengajaran, dll) yg hendak disampaikan dlm sesuatu karya sastera dll: ~nya jelas, mudah difahami dan perasaannya dipenuhi oleh nilai-nilai yg mulia; dlm kelucuan pemerihalan ini jelas kpd kita ~ disebaliknya; bermesejkan mempunyai atau mengan­dungi sesuatu sbg mesej: rakaman album-album yg ~ cinta dan kemanusiaan; mem-perbanyak iklan yg ~ patriotisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.séj] | ميسيج

Definisi : /méséj/ 1 pesanan, berita, kata-kata singkat dll drpd sesorang (sesuatu pihak) yg hendak disampaikan kpd seseorang dsb: Dia terus menyampaikan ~ yg diterimanya melalui telefon kpd rakannya itu sebaik sahaja melihat beliau masuk ke pejabat. 2 buah fikiran, idea, pengajaran dll yg hendak disampaikan dlm sesuatu ucapan, karya dll: ~ Ketua Pengarah dlm amanat yg disampaikannya itu begitu jelas dan mudah difahami. ~ ralat ist pesanan khusus yg memberitahu pengguna bahawa ralat telah dikesan pd komputer. bermesejkan mempunyai sesuatu sbg mesej: Ucapannya ~ semangat cinta akan agama, bangsa dan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pesanan: pesan

2. Bersinonim dengan maklumat: amanat, nasihat, bingkisan.,



Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mesej Syair KiasNaapie MatDewan Sastera1 November 2002
Mesej kekuatan 'Mukhsin'Aiza Akma RamlanMedia Hiburan17 March 2007
Mesej dan Pengajaran "Usul Menunjukkan Asal"Mohd. Kassim MahmudDewan Sastera1 March 2003
MesejHamidah KamaruddinWanita1 February 2007
Mesej Dalam GurindamNaapie MatDewan Sastera1 December 2002
Mesej Si JelutongKoh Ming HooiTiadaTiada
Mesej Untuk BayiTie CamarWanita1 July 2007
Mesej dalam "Budi yang Tak Terbeli"Mohd. Hanif Mat NorPelita Bahasa1 May 2001
Mesej dari SeberangImaBahana1 July 2004
Mesej GagakMohamad Saffri HamaliMutiara Malaysia1 March 1997
12345

Kembali ke atas