Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.séj] | ميسيج

Definisi : (méséj) 1. pesanan (berita, kata-kata singkat) yg hendak disampaikan kpd sese-orang dsb: Don Norton mengingati ~ telefon yg telah diterimanya drpd pengurus itu; 2. sesuatu (gagasan, pengajaran, dll) yg hendak disampaikan dlm sesuatu karya sastera dll: ~nya jelas, mudah difahami dan perasaannya dipenuhi oleh nilai-nilai yg mulia; dlm kelucuan pemerihalan ini jelas kpd kita ~ disebaliknya; bermesejkan mempunyai atau mengan­dungi sesuatu sbg mesej: rakaman album-album yg ~ cinta dan kemanusiaan; mem-perbanyak iklan yg ~ patriotisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.séj] | ميسيج

Definisi : /méséj/ 1 pesanan, berita, kata-kata singkat dll drpd sesorang (sesuatu pihak) yg hendak disampaikan kpd seseorang dsb: Dia terus menyampaikan ~ yg diterimanya melalui telefon kpd rakannya itu sebaik sahaja melihat beliau masuk ke pejabat. 2 buah fikiran, idea, pengajaran dll yg hendak disampaikan dlm sesuatu ucapan, karya dll: ~ Ketua Pengarah dlm amanat yg disampaikannya itu begitu jelas dan mudah difahami. ~ ralat ist pesanan khusus yg memberitahu pengguna bahawa ralat telah dikesan pd komputer. bermesejkan mempunyai sesuatu sbg mesej: Ucapannya ~ semangat cinta akan agama, bangsa dan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pesanan: pesan

2. Bersinonim dengan maklumat: amanat, nasihat, bingkisan.,



Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
command messagepesan perintahmesej perintahmesej perintahTeknologi Maklumat
flame messagepesan kemarahanmesej baramesej baraTeknologi Maklumat
message switchingpengalihan pesanpensuisan mesejpensuisan mesejTeknologi Maklumat
message routerperute berita/pesanpenghala mesejpenghala mesejTeknologi Maklumat
control change messagepesan tukar kendalimesej ubah kawalanmesej ubah kawalanTeknologi Maklumat
MIDI program-change messagepesan program-ubah MIDImesej tukar aturcara MIDImesej tukar aturcara MIDITeknologi Maklumat
MIDI control-change messagepesan kendali-ubah MIDImesej tukar kawal MIDImesej tukar kawal MIDITeknologi Maklumat
interface message processor (IMP)prosesor pesan antarmukapemproses mesej antara mukapemproses mesej antara mukaTeknologi Maklumat
Internet control message protocolprotokol pesan kontrol internetprotokol mesej kawalan Internetprotokol mesej kawalan InternetTeknologi Maklumat
message interface processorpemroses antarmuka pesampemproses antara muka mesejpemproses antara muka mesejTeknologi Maklumat
12

Kembali ke atas