Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.séj] | ميسيج

Definisi : (méséj) 1. pesanan (berita, kata-kata singkat) yg hendak disampaikan kpd sese-orang dsb: Don Norton mengingati ~ telefon yg telah diterimanya drpd pengurus itu; 2. sesuatu (gagasan, pengajaran, dll) yg hendak disampaikan dlm sesuatu karya sastera dll: ~nya jelas, mudah difahami dan perasaannya dipenuhi oleh nilai-nilai yg mulia; dlm kelucuan pemerihalan ini jelas kpd kita ~ disebaliknya; bermesejkan mempunyai atau mengan­dungi sesuatu sbg mesej: rakaman album-album yg ~ cinta dan kemanusiaan; mem-perbanyak iklan yg ~ patriotisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.séj] | ميسيج

Definisi : /méséj/ 1 pesanan, berita, kata-kata singkat dll drpd sesorang (sesuatu pihak) yg hendak disampaikan kpd seseorang dsb: Dia terus menyampaikan ~ yg diterimanya melalui telefon kpd rakannya itu sebaik sahaja melihat beliau masuk ke pejabat. 2 buah fikiran, idea, pengajaran dll yg hendak disampaikan dlm sesuatu ucapan, karya dll: ~ Ketua Pengarah dlm amanat yg disampaikannya itu begitu jelas dan mudah difahami. ~ ralat ist pesanan khusus yg memberitahu pengguna bahawa ralat telah dikesan pd komputer. bermesejkan mempunyai sesuatu sbg mesej: Ucapannya ~ semangat cinta akan agama, bangsa dan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pesanan: pesan

2. Bersinonim dengan maklumat: amanat, nasihat, bingkisan.,



Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
memasang fail tampal. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) 1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token sistem pengguna yang mencapai pelayan tersebut tanpa gangguan dan pengetahuan pengguna. cap masa (Ig. timestamp; Br. cop waktu; Id. cap waktu) Rekod masa atau tarikh yang ditulis pada suatu transaksi, mesej, atau data dengan tujuan membezakannya daripada yang lain. Cap masa digunakan untuk mencegah pengulangan sesi komunikasi yang mungkin boleh digunakan dalam pemalsuan transaksi elektronik. Cap masa juga kerap digunakan apabila

Kembali ke atas