Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.sin] | ميسين

Definisi : (mésin) alat atau perkakas yg meng­gunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelas­kan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang sim­panan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk mena­yangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.sin] | ميسين

Definisi : alat yg memberi tenaga atau daya dan memungkinkan kita menggerakkan atau melakukan sesuatu dgn mudah; jentera; pesawat. ~ cetak mesin utk mencetak buku dll. ~ gerudi mesin utk mengorek lubang. ~ getah alat utk mengeping getah yg telah dibekukan. ~ jahit mesin utk menjahit. ~ kira (hitung) mesin utk menghitung. ~ rencam a. mesin yg gunanya bermacam-macam. b. mesin yg rumit. ~ taip mesin utk menaip. memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: Emaknya sedang menolong bapanya ~ getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sepunya (Ig. common gateway interface (CGI); Br. antara muka get laluan sepunya (CGI); Id. antarmuka gerbang bersama) Set peraturan yang menerangkan cara pelayan web berkomunikasi dengan sesuatu perisian pada sesuatu mesin dan sebaliknya. Sebarang perisian boleh menjadi atur cara antara muka get laluan sepunya, sekiranya perisian tersebut boleh mengendalikan input dan output yang mengikut piawaian CGI. antivirus (Ig. antivirus) Perisian yang menyulitkan paket data semasa penghantaran. Kerberos (Ig. Kerberos) Sistem penyahihan untuk sistem rangkaian tersebar yang berasaskan teknologi kekunci awam. Dalam sistem ini, pelayan penyahihan bertanggungjawab menguruskan keselamatan komunikasi di antara mesin, komputer atau peranti dalam rangkaian. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 54 6/6/11 4:01:43 PM 55 keperluan keselamatan kerberos kernel keselamatan keselamatan berasaskan perimeter kernel keselamatan (Ig

Kembali ke atas