Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ki.pun] | مسکيڤون

Definisi : sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ki.pun] | مسکيڤون

Definisi : sungguhpun; walaupun: ~ ia kaya, ia tidak sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meskipun (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguhpun, walaupun, biarpun, sekalipun, kendatipun, mahupun, walakin, embuh-embuhan.,

Puisi
 

Ribu-ribu ditanggung angit,
     Jatuh mari di atas batu;
Meskipun seribu bintang di langit,
     Tidak menyama adik yang satu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

 

Lihat selanjutnya...(32)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Meskipun dugaan yang dihadapi oleh Ayeena itu tidaklah terlalu getir, namun dia menangis semahu-mahunya. Inilah soalan PMR, bedasarkan ayat ini, perkataan "dihadapi" adalah salah diguna. Saya tidak memahami tentang jenis kesalahannya, dan ingin meminta tunjuk ajar tuan/ puan. Terima kasih.

Penggunaan kata "hadapi" dalam ayat tersebut adalah betul sama seperti ayat Masalah pencemaran udara sering dihadapi oleh negara-negara yang sedang membangun. Sila berbincang dengan Lembaga Peperiksaan yang menyediakan soalan tersebut untuk mengenal pasti kesalahan yang dimaksudkan.

Tatabahasa14.09.2011
Assalamualaikum. 1. Apakah perbezaan penggunaan kata ' walhal' dan 'meskipun' Terima kasih.Walhal sama makna dengan padahal, meskipun dan sungguhpun: contohnya, Ia masih belum memahami masalah itu,  walhal/padahal/meskipun/sungguhpun sudah berkali-kali diterangkan.Tatabahasa22.06.2011
Adakah ayat yang dimulakan dengan kata hubung "biarpun", "walaupun", "meskipun" dan "sungguhpun" mesti dilengkapi dengan kata hubung "tetapi" di pertengahan ayat? Contoh ayat: Biarpun dia dah mengetahui hal tu, tapi dia tak marah. Ini konteks sari kata. Adakah ayat ini tidak gramatis jika kata hubung "tapi" digugurkan? Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 517, contoh penggunaan kata hubung keterangan dalam ayat seperti  walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun dan sekalipun tidak memerlukan penggunaan perkataan tetapi. Tanpa perkataan tetapi, ayat sudah gramatis. 
 
Contoh ayat:

1. Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu.
2.  Meskipun hari sudah lewat, pemuda itu masih mahu meneruskan perjalanannya.
Tatabahasa12.10.2017
Adakah setiap kata nama khas meskipun yang merupakan perkataan bahasa Inggeris tidak perlu diitalikkan dalam penulisan rasmi?Tidak perlu dicondongkan/diitalikkan nama khas walaupun dalam bahasa Inggeris.Lain-lain30.10.2015
Apakah beza penggunaan "sungguhpun", "walaupun" serta "meskipun"

Semua sama.

Makna16.09.2008
1) Adakah perkataan jatuh boleh digunakan dalam ayat di bawah meskipun dalam kamus dewan edisi keempat ada menyatakan jatuh juga bermaksud terbenam. - Para pelancong terpegun melihat matahari jatuh di kaki langit. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur bahasa? - Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. -Ayah membeli kereta baru di kedai itu. - Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.1) Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah terbenam.
2) Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. Apabila didahului kata hanya, kata sahaja tidak perlu hadir dalam ayat tersebut.
3) Ayah membeli kereta baharu di kedai itu. Betul.
4) Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Kata dengan dan menaiki tdak iboleh hadir secara berturutan.
Tatabahasa02.08.2013
tuan - ramai yang masih keliru dgn penggunaan baru dan baharu meskipun sudah saya terangkan di portal novel saya. Sudikanh tuan memberi penerangan yg padu dan ringkas untuk membedakan baru dan baharu - AssalamBaru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu".Tatabahasa02.01.2013
beri maksud perkataan -KENDATIPUN- terima kasihKendatipun bermaksud walaupun, meskipun,biarpun. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 740.Makna24.01.2008
Musykil dengan penggunaan 'pun'. Bilakah ia disambungkan dengan perkataan lain. Terima kasihWalaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, sungguhpun dan sebagainya dieja satu perkataan. Walau bagaimanpun pun yang bermaksud juga dieja dua perkataan seperti telah pun (juga) dan dia pun (juga).Tatabahasa04.09.2013
----- berada di luar negara Mamat tidak pernah lupa akan ibunya di Malaysia A selama B meskipunAyat yang betul ialah "Selama berada di luar negara Mamat tidak pernah lupa akan ibunya di Malaysia".Tatabahasa18.07.2015
12345

Kembali ke atas