Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ki.pun] | مسکيڤون

Definisi : sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ki.pun] | مسکيڤون

Definisi : sungguhpun; walaupun: ~ ia kaya, ia tidak sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meskipun (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguhpun, walaupun, biarpun, sekalipun, kendatipun, mahupun, walakin, embuh-embuhan.,

Puisi
 

Ribu-ribu ditanggung angit,
     Jatuh mari di atas batu;
Meskipun seribu bintang di langit,
     Tidak menyama adik yang satu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

 

Lihat selanjutnya...(32)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rights of passagehak laluanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak sebuah negara agar kapal perangnya boleh melayari selat antarabangsa, meskipun dengan melalui selat tersebut, kapal perang itu memasuki laut wilayah sebuah negara pantai. Hak ini diiktiraf oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Corfu Channel.
paradoxparadoksKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. Bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contohnya, 'benci tetapi rindu'.
municipal lawundang-undang munisipalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaUndang-undang yang terdapat dalam sesebuah negeri atau negara, berbeza daripada undang-undang antarabangsa. Meskipun undang-undang antarabangsa dan undang-undang munisipal mempunyai konstituensi yang berbeza, ada ketika tertentu prinsip-prinsip daripada kedua-dua cabang undang-undang ini bertembung. Contohnya, apabila suatu prinsip undang-undang antarabangsa dikemukakan untuk mempertahankan diri di mahkamah munisipal. Perlembagaan sesebuah negara menentukan sama ada prinsip undangundang antarabangsa boleh dipakai di mahkamah munisipal. Perlembagaan juga menentukan sama ada prinsip undangundang antarabangsa mengatasi undang-undang munisipal ketika pertembungan di antara undang-undang antarabangsa dan undang-undang munisipal.
quasi steady-state assumptionandaian keadaan kuasimantapKejuruteraanKejuruteraan KimiaAndaian dalam sesuatu proses apabila nilai kuantiti tertentu berada dalam keadaan mantap buat seketika sahaja, meskipun proses pada keseluruhannya berubah dengan masa.
disuse theoryteori tidak digunaPsikologiPsikologi UmumTeori yang mengutamakan amalan atau kegunaan. Mengikut teori ini, perlakuan yang tidak diamalkan akan menjadi lemah atau lenyap meskipun diberikan rangsangan. Sekiranya sesuatu hubungan rangsangan dengan perlakuan tidak diperkukuhkan dalam masa tertentu, lama-kelamaan perlakuan itu berkemungkinan besar tidak akan mengikut rangsangan yang diaplikasikan. Contohnya, dalam teori kognitif, ingatan terhadap sesuatu akan luntur sekiranya jarang atau tidak digunakan.
altimeter settingpengesetan altimeterMeteorologiMeteorologi PerhubunganNilai tekanan atmosfera yang digunakan dalam pelarasan subskala altimeter tekanan sehingga dapat menunjukkan ketinggian pesawat udara di awas permukaan rujukan tertentu. Penetapan alti-meter di atas daratan diperoleh daripada pengurangan tekanan stesen berdasarkan atmosfera piawai ICAO. Meskipun demikian pembacaan langsung penunjuk penetapan altimeter makin banyak digunakan. Di atas lautan biasanya digunakan tekanan aras-laut piawai (29.92 inci raksa atau 1013.2 hPa) sebagai penetapan altimeter yang menghasilkan ketinggian tekanan (altitud).
external environmentpersekitaran luaranPentadbiranPentadbiran Awam

Elemen atau faktor eksternal yang mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi sesuatu keadaan, situasi atau perkara dalam sesebuah jabatan atau organisasi. Dalam konteks ini, persekitaran luaran dilihat dalam bentuk persaingan yang wujud, keadaan politik, negara pesaing, kedudukan ekonomi, perkembangan teknologi, pasaran dunia, bencana atau malapetaka dan sebagainya. Meskipun faktor dalaman kuat mempengaruhi perkembangan pentadbiran, namun faktor luaran juga tidak boleh diketepikan. Dalam keadaan tertentu, persekitaran luaran mampu menambah baik atau melumpuhkan sesebuah organisasi. Krisis kewangan Asia pada tahun 1990-an yang menjatuhkan nilai matawang Malaysia adalah salah satu contoh kesan persekitaran luaran.

incremental decision-makingpembuatan keputusan bertambahPentadbiranPentadbiran Awam

Pengambilan ketetapan ke atas sesuatu perkara atau isu yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Tindakan ini dibuat bermula pada tahap yang rendah sedikit demi sedikit ke tahap yang tertinggi sehingga ia selesai. Sekiranya sesuatu keputusan yang dibuat pada satu tahap tertentu menghasilkan kesan yang baik, maka ia akan mempengaruhi pembuatan keputusan di peringkat berikutnya. Pembuatan keputusan seperti ini bermatlamat untuk menghasilkan kerja yang cermat dan berkesan, meskipun ia memakan masa yang lebih lama kerana terpaksa melalui beberapa peringkat sebelum ke peringkat akhir.

revolutionrevolusiSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama.
Weber bureaucracybirokrasi unggul WeberPentadbiranPentadbiran Awam

Birokrasi dalam bentuk abstrak yang dihasilkan oleh Max Weber sebagai alat analisis atau panduan kepada membentuk satu birokrasi yang baik. Birokrasi yang bersifat ideal seperti ini tidak wujud dalam alam nyata tetapi dibayangkan keadaannya yang sempurna sebagai bimbingan kepada pejabat sebenar bagi membentuk birokrasi mereka. Ia memberi beberapa ciri yang terlalu rasional seperti kenaikan pangkat berasaskan produktiviti, pegangan kepada hubungan impersonaliti dan menolak faktor personal, kewujudan peraturan kerja secara bertulis, kerja mengikut masa yang tepat, kecekapan yang tinngi dan dengan itu pekerja malas dibuang, amalan pembahagian kerja yang jelas dan sistem hierarki serta autoriti yang terperinci. Meskipun keadaan ini hanya bersifat mental construct dan tidak bersifat nyata ia bagaimanapun baik untuk menjadi panduan kepada satu pengurusan yang cekap dan kemas.

12

Kembali ke atas