Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.so.sfé.ra] | ميسوسفيرا

Definisi : (mésosféra) (Geog) lapisan atmos­fera bumi yg terletak di antara 55 – 85 km di atas permukaan bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mesosfera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan berkenaan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah "sprite". "Sprite" ini merujuk kepada fenomena elektrik mesosfera yang berlaku di atas awan ribut (kumulunimbus); ia berupa seperti kilat yang berkelompok dan berbentuk seperti lobak, obor-obor atau tiang. Dalam PRPM, ada terjemahan bagi "sprite" (pari-pari, peri atau peperi). Adakah terjemahan yang sama boleh digunakan untuk fenomena ini? Terima kasih.Melalui semakan di internet, sprite merujuk tiga perkara/makna yang berbeza. Perkara pertama dan kedua (seperti yang tuan maklumi) ada terjemahannya dalam data kami, namun perkara yang ketiga belum ada padanannya.
Perkara ini perlu dikemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP; dan untuk sementara waktu, penggunaan sprite bagi konteks yang tersebut hendaklah diitalikkan ejaannya atau diberi huraiannya dalam bahasa Melayu bagi memahamkan khalayak.
Penyemakan dan penterjemahan25.12.2014

Kembali ke atas