Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ti] | مستي

Definisi : 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, ke­wajiban; 2. ketentuan, ketetapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ti] | مستي

Definisi : 1 tidak boleh tidak; wajib: Saya ~ pergi hari ini juga. 2 pasti; tentu: Jika tidak disudahkan kerja ini, ~ tuan akan memarahi kita. memestikan 1 mewajibkan: Kerajaan ~ setiap rakyatnya memiliki kad pengenalan. 2 menentukan; menetapkan: Kami tidak dpt ~ berapa keuntungan yg diperoleh tiap-tiap bulan. kemestian 1 sesuatu yg dimestikan; kewajipan. 2 sesuatu yg sudah ditentukan; ketentuan; ketetapan. semestinya 1 spt yg diwajibkan; sewajibnya: Sudah ~ kita taat kpd ibu bapa. 2 spt yg patut; sememangnya: Orang yg kaya tidak ~ hidup bahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesti (kata tugas)
Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut, wajar, tetap, tentu;,
Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian,

Peribahasa

Kerbau menanduk,
     kerbau pergi.

Bermaksud :

Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas( jalan) di lintasan belang. Adakah kedua-dua ayat ini betul?Kedua-dua ayat adalah betul dan boleh digunakan.
1.Kita mesti lintas di lintasan belang.
2.Kita mesti lintas  jalan di lintasan belang.
Tatabahasa03.05.2013
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Kita mesti banyak minum air kerana cuaca panas. 2. Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas. Adakah kata kerja mesti diikuti dengan kata nama? Terima kasih jawapan pihak anda.Ayat yang gramatis ialah "Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas". Berdasarkan contoh  ayat yang diberikan kata kerja mestilah diikuti dengan kata nama.Tatabahasa20.11.2019
Ejaan Urus setia adalah terpisah. Kenapa bila mengeja Urus setia, mesti U dan S mesti huruf besar? Sebab Urus setia adalah gabungan yang berpisah dari 'urusetia' maka, 'setia' saya rasa wajar jika menggunakan huruf kecil pada S, seperti ejaan bandar raya; Bandar raya Melaka. Mohon komen tuan munsyi jugaPerkataan urus setia ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan bandar raya juga kata nama am dan dieja dengan huruf kecil kecuali perkataan tersebut hadir dalam frasa kata nama khas seperti Bandar Raya Melaka Bersejarah.Ejaan01.03.2012
Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul dan kenapa?Kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Ayat yang kedua ialah ayat pasif songsang.Tatabahasa14.02.2011
"Kita mesti mengambil makanan yang berkhasiat. Dengan itu, badan kita akan bertambah sihat." "Kita mesti mengambil makanan yang berkhasiat. Sehubungan dengan itu, badan kita akan bertambah sihat." Yang manakah betul? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Kita mesti mengambil makanan yang berkhasiat supaya badan menjadi sihat."

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa17.05.2023
apakah perbezaan antara PERLU dan MESTI

Merujuk Kamus Dewan bermaksud tidak boleh tidak atau wajib, dan mesti juga boleh membawa maksud pasti, tentu dan patut. Contoh ayatnya, 1. Saya mesti pergi hari ini juga dan 2. Orang yang kaya tidak semestinya hidup bahagia. Perlu pula ditakrifkan sebagai keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian (untuk mendapatkan sesuatu), dan perlu juga membawa maksud  harus ada (diperoleh), berguna, mustahak dan penting. Contoh ayatnya, 1. Setiap borang permohonan perlu ditandatangani oleh pemohon, dan 2. Kerjasama petani-petani adalah perlu untuk menjayakan rancangan tersebut. Kedua-dua kata tersebut membawa banyak makna, ada makna dalam kedua-dua kata tersebut sukar untuk dibezakan penggunaannya(seperti contoh ayat pertama tiap-tiap kata) dan makna yang boleh dibezakan penggunaannya (seperti contoh ayat kedua).

Makna11.01.2011
Adakah ayat ini betul ? Jika salah tolong betulkan. 1. Kita mesti rajin. Contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. 2. Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk.Ayat yang betul ialah: Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk.Tatabahasa16.07.2014
Justeru mesti digunakan bersama itu atau boleh digunakan tanpa itu? Penggunaan yang lebih tepat ialah justeru.Tatabahasa02.03.2016
Manusia mesti sayang air kerana tidak air semua orang akan mati. Ayat ini betul?Ayat ini kurang tepat dan berbunyi janggal. Ayat ini boleh dibaiki lagi menjadi "Manusia harus menghargai air kerana tanpa air manusia akan mati.Tatabahasa09.11.2014
kita mesti menuruti piawaian BMI untuk menjamin kesihatan kita. Ayat ini betul?Perkataan menuruti tidak sesuai dalam ayat. Perkataan yang lebih sesuai ialah mematuhi. Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan makna.Tatabahasa27.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas