Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ti] | مستي

Definisi : 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, ke­wajiban; 2. ketentuan, ketetapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ti] | مستي

Definisi : 1 tidak boleh tidak; wajib: Saya ~ pergi hari ini juga. 2 pasti; tentu: Jika tidak disudahkan kerja ini, ~ tuan akan memarahi kita. memestikan 1 mewajibkan: Kerajaan ~ setiap rakyatnya memiliki kad pengenalan. 2 menentukan; menetapkan: Kami tidak dpt ~ berapa keuntungan yg diperoleh tiap-tiap bulan. kemestian 1 sesuatu yg dimestikan; kewajipan. 2 sesuatu yg sudah ditentukan; ketentuan; ketetapan. semestinya 1 spt yg diwajibkan; sewajibnya: Sudah ~ kita taat kpd ibu bapa. 2 spt yg patut; sememangnya: Orang yg kaya tidak ~ hidup bahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesti (kata tugas)
Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut, wajar, tetap, tentu;,
Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian,

Peribahasa

Kerbau menanduk,
     kerbau pergi.

Bermaksud :

Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
base pair ruleshukum pasangan besSains ForensikTiadaHukum yang menyatakan bahawa bes adenina mesti berpasangan dengan timina dan bes guanina mesti berpasangan dengan sitosina dalam bebenang dua DNA. Dalam bebenang dua RNA pula, bes adenina mesti berpasangan dengan urasil. Dalam penaksiran DNA forensik, hukum ini membawa maksud bahawa jika jujukan nukleotida satu bebenang DNA dapat dibaca, kesimpulan jujukan nukleotida bagi bebenang pelengkapnya akan dapat dibuat.
Chargaff�s ruleperaturan ChargaffBiologiGenetikPeraturan yang mengatakan bahawa dalam DNA sesuatu spesies, bes adenina mesti sama banyak dengan bes timina dan bes guanina mesti sama banyak dengan bes sitosina. Pada masa yang sama, jumlah (A + G) mesti sama banyak dengan jumlah (T + C).
governmental interventioncampur tangan kerajaanPentadbiranTiadaTindakan pemerintah bagi mengawal perjalanan mahupun keputusan dalam pengurusan pihak persendirian dan swasta. Campur tangan ini boleh bersifat penetapan syarat yang mesti diikuti, sempadan yang mesti dipatuhi, pemeriksaan terhadap barangan dan keluaran. Campur tangan kerajaan biasanya dilakukan untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara namun secara tidak langsung boleh menggugat kreativiti, kebebasan dan pasaran. Campur tangan kerajaan juga boleh dilihat dengan jelas dalam transaksi ekonomi, penetapan harga barang, pembinaan infrastruktur, pelaksanaan kursus di universiti, perkembangan bahasa, alam sekitar, budaya, hiburan, kesihatan, pembangunan industri dan kebebasan berpolitik. Dalam banyak kes, campur tangan kerajaan tidak digemari oleh pihak yang berkenaan seperti pihak swasta yang menjalankan perniagaan sama ada perkilangan, pendidikan, hospital atau klinik, media, perdagangan import eksport dan sebagainya. Kegagalan mematuhi penetapan kerajaan akan dikenakan tindakan undang-undang. Contoh campur tangan kerjaan ialah penetapan harga barang terhadap barang kawalan yang telah ditetapkan menjelang musim perayaan dan penetapan sesuatu projek pembukaan tanah, memerlukan kelulusan kajian impak alam sekitar (EIA) sebelum diluluskan.
mandatory bargainingtawar-menawar wajibPentadbiranTiadaRundingan yang mesti dilakukan terhadap perkara-perkara tertentu tetapi mesti dilakukan dengan niat baik.
short sellingjualan singkatPentadbiran PerniagaanTiadaPenjualan sekuriti yang tidak dimiliki yang mesti dipinjam untuk tujuan penyerahan kepada pembeli yang kemudiannya mesti diganti semula dengan membelinya di pasaran. Tindakan penjualan ini diambil kerana pelabur menjangka harga pasaran akan turun.
Bud selectionPemilihan mata tunasPertanianAgronomi

Prosedur yang perlu dilakukan sebelum membuat cantuman mata tunas. Mata tunas pada pokok yang hendak dibiakkan mesti dipilih daripada batang yang sama peringkat perkembangannya dengan pokok penanti. Sekiranya pokok penanti mempunyai kulit matang berwarna perang, maka mata tunas mesti daripada cabang matang. Sebaliknya, sekiranya pokok penanti berbatang hijau, mata tunas mesti dipilih daripada cabang yang masih hijau. Selain itu, mata tunas yang dipilih mesti berada dalam keadaan rehat dan belum aktif.

insurable riskrisiko boleh insuransinsuransTiadaRisiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar.
insurable riskrisiko boleh insuransPentadbiran PerniagaanTiadaRisiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar.
insurable riskrisiko boleh insuransPentadbiran PerniagaanTiadaRisiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar.
mortgage debthutang dicagarEkonomiEkonomi IslamHutang yang diterima oleh penggadai daripada pegadai. Penggadai perlu menyerahkan barang gadaian sebagai cagaran untuk jaminan hutang tersebut. Hutang berkenaan mesti dinyatakan jumlahnya dan tarikh bayaran semula. Barang gadaian pula mesti diketahui jenis dan nilainya. Hutang tersebut mestilah hutang yang telah disabit dari segi hukum syarak.
12345678910...

Kembali ke atas