Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ta.lur.gi] | ميتالورݢي

Definisi : (métalurgi) kajian tentang logam dan aloi, termasuk kaedah pengekstrakan, penulenan, struktur, dan sifatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metalurgi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METALURGI

Metalurgi ialah sains untuk mengasingkan

logam daripada bijihnya dan menyediakannya

untuk digunakan. Semua objek logam yang kita

gunakan adalah hasil kerja metalurgi. Logam

mengalirkan elektrik ke rumah dan kilang, dan

menjadi rangka bangunan pencakar langit. Kereta,

kereta api dan kapal terbang dibuat daripada

terutamanya logam. Begitu juga kebanyakan

peralatan. Industri dan pembuatan tidak mungkin

wujud tanpa menggunakan logam. Metalurgi

terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu

metalurgi ekstratif atau metalurgi proses; dan

metalurgi fizikal atau metalurgi aloi.

UMUM 
METALURGI SERBUK

Metalurgi serbuk ialah proses yang menurunkan

logam kepada bentuk serbuk dan menekan serbuk

itu menjadi bentuk agak terbatas. Proses pemanasan

yang dikenali sebagai pensinteran digunakan untuk

mengikat serbuk logam dan menambah kekuatan

kepada keluaran siap (lihat Pensinteran).

UMUM 
HADFIELD, SIR ROBERT ABBOTT

Hadfield, Sir Robert Abbott ( 1859– 1940), ahli

metalurgi Inggeris yang menemui keluli mangan

tidak bermagnet.

UMUM 
MIKROSKOP ELEKTRON

Mikroskop elektron ialah alat yang

menggunakan alur elektron untuk membesarkan

imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza

jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang

jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui

mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan

cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa

pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop

elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam

bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi.

Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah

membina mikroskop elektron yang pertama pada

tahun 1931.

UMUM 

Kembali ke atas