Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ta.mor.fo.sis] | ميتامورفوسيس

Definisi : (métamorfosis) 1. (Bio) per­ubahan sepenuhnya bentuk fizikal dll yg ber­laku dlm kitaran hidup sesuatu organisma (mis perubahan kepompong menjadi kupu-kupu); 2. ki perubahan besar atau sepenuhnya: utk mendapatkan yg baru, sesuatu itu perlu mengalami ~; bermetamorfosis mengalami metamorfosis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ta.mor.fo.sis] | ميتامورفوسيس

Definisi : /métamorfosis/ ist (proses) pertukaran atau perubahan struktur dan tabiat haiwan semasa membesar secara normal (spt drpd berudu menjadi katak atau drpd beluncas menjadi kupu-kupu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metamorfosis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan metamofosis dalam BM
Istilah "metamorphosis" dalam bahasa Melayu ialah metamorfosis


Ejaan17.10.2018
Assalamualaikum Minta pihak tuan/puan memberi maksud 'istilah' metamorphosed, rocket nose cone & heat shield tile. 1. Contoh ayat: Metamorphosed limestone is known as marble. 2. Contoh ayat: Ceramic materials are used to make rocket nose cones and heat shield tiles on the space shuttle. Terima kasihMetamorphosed boleh diterjemahkan kepada metamorfosis atau bertukar atau perkataan lain yang bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. Berdasarkan konteks ayat, kami mencadangkan ayat Metamorphosed limestone is known as marble diterjemahkan kepada batu kapur yang melalui proses metamorfosis dikenali sebagai marmar.Penyemakan dan penterjemahan13.11.2014

Kembali ke atas