Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai untuk alat pengukuran panjang, iaitu 'road meter' dan 'laser range meter'? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi 1. laser range meter ialah Meter Jarak Laser
                                       2.  Road meter ialah Meter Jalan
Istilah19.10.2018
boelhkah saya menggantikan semua perkataan Inggeris 'self' kepada 'swa'. misalnya 'self monitoring glucose meter' kepada 'meter glukosa swapantau'Untuk makluman awalan asing "swa" memang telah diterima dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, meter glukosa swapantau adalah betul dan boleh digunakan.Istilah14.03.2013
Apa terjemahan 'meter maid'? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah 'meter maid' ialah penguatkuasa meter.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah31.07.2022
Assalamualaikum... yang mana satu betul, tiga meter setengah atau tiga meter setengah... keliru. Tolong tuan jelaskan. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah tiga setengah meter. Dalam konteks ini, nombor atau bilangan diletakkan dahulu sebelum unit. Contoh lain adalah seperti dua setengah kilometer, dua setengah inci dan dua setengah minit.Tatabahasa15.07.2013
METER ROOMBILIK METERIstilah03.03.2011
Salam, adakah pengginaan perkataan meter perlu dieja penuh atau tidak dalam ayat: 15 meter atau 15 m atau 15m?Cara penulisan yang betul ialah, "15 m atau 15 meter".Lain-lain31.10.2022
bole gunakan ayat "belok kiri 300 sekitar 300 meter" untuk papan tandaAyat yang boleh digunakan ialah LAGI 300 METER, BELOK KIRILain-lain23.11.2016
Salam sejahtera, Ayat tanya manakah yang betul? 1. Berapa meter kainkah yang digunakannya? 2. Berapa meterkah kain yang digunakannya? 3. Berapakah meter kain yang digunakannya? Soalan ini hendak digunakan dalam buku akademik matematik. Terima kasih.Dalam ayat biasa, partikel -kah hadir selepas kata tanya seperti Berapakah harga barang itu? Walau bagaimanapun, jika hadir sisipan atau penjodoh bilangan selepas kata tanya, partikel -kah hadir selepas sisipan tersebut seperti Berapa meterkah kain yang akan digunakan?Tatabahasa18.03.2015
tuan, saya masuk ruang rujukan . ada kesilapan ejaan pada 4.14 ( laima meter persegi)....kalau betul is mesti lima meter persegi. tolong pereksa ayat tersebut. sekian terima kasih. adrian suresh 0163282710 ajs_ent@hotmail.comBerdasarkan rujukan tidak ada kata laima dalam pangkalan data kami kecuali Mega-laima haemacephala indica, nama saintifik sejenis burung. Sila hubungi kami semula dan nyatakan butiran lengkap rujukan tersebut.Lain-lain29.07.2011
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter.Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Tatabahasa30.03.2012
123456

Kembali ke atas