Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METER WATT

Meter watt ialah alat yang digunakan untuk

mengukur kuasa elektrik. Jenis meter watt yang

paling biasa digunakan dikenali sebagai meter

watt elektrodinamik . Meter watt elektrodinamik

ini mempunyai dua gegelung dawai. Satu

gegelung tetap disusun untuk menerima arus

daripada litar yang hendak diukur. Satu gegelung

boleh bergerak , yang disokong oleh paksi yang

bertatah manikam yang membolehkannya

berputar, disusun untuk menerima arus yang

berkadaran dengan voltan pada litar yang hendak

diukur.

UMUM 
METER

Meter ialah unit asas panjang dalam sistem metrik

Simbolnya ialah m. Satu meter bersamaan dengan

39.37 inci. Ahli sains mentakrif meter sebagai jarak

perjalanan cahaya dalam vakum dalam 299 792 458

sesaat. Dari tahun 1960 hingga 1983, panjang meter

ditakrif sebagai 1 650 763.73 panjang gelombang

cahaya merah-jingga dari isotop kripton-86, yang

diukur dalam vakum. Standard ukuran ini

menggantikan bar meter platinum-iridium. Lihat

juga Sentimeter.

UMUM 
METER ELEKTRIK

Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus

elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan

meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam,

amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh

pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam.

Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan

selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam

elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik

menyambungkan meter kepada talian yang

membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter

dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat

berdasarkan bacaan ini.

UMUM 
METER CONDONG

Meter condong ialah peranti untuk mengukur

sudut yang terbentuk satah ufuk. Meter ini mungkin

merupakan jarum bermagnet yang digunakan untuk

mengukur sudut di antara satah dengan medan

magnet bumi, ataupun peranti mekanikal untuk

mengukur sudut yang dibuat oleh pesawat udara.

UMUM 
METER CAHAYA

Meter cahaya ialah satu alat yang digunakan

untuk menyukat kecerahan cahaya. Meter cahaya

mempunyai pelbagai kegunaan yang khusus.

Contohnya, ahli astronomi menggunakannya untuk

menyukat kecerahan cahaya bintang. Jurutera

pencahayaan menggunakannya untuk menyukat

kecerahan lampu rumah dan pejabat. Jurufoto

menggunakannya untuk menyukat keamatan

cahaya di tempat mereka mengambil gambar.

UMUM 
METER LAJU

Meter laju ialah alat yang menunjukkan kelajuan

kereta atau kenderaan lain. Paparan meter laju

menunjukkan kelajuan dalam kilometer per jam

atau batu per jam atau kedua-duanya.

UMUM 
METER GAS

Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu

gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah

kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di

tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang

berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan

boleh bergerak, yang membahagikannya kepada

dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat

kebuk yang berasingan.

UMUM 
METER KEUPAYAAN

Meter keupayaan ialah alat yang mengukur

arus elektrik, voltan dan rintangan dengan kejituan

tinggi. Meter ini menunjukkan perbezaan voltan

dengan membandingkan daya elektromotif yang

tidak diketahui dengan daya elektromotif yang

diketahui. Ia digunakan untuk menentu ukur

voltmeter dan ammeter, dan juga sebagai unsur

kawalan dalam litar dan alat elektronik.

Lihat juga Ampere.

UMUM 
METER GALVANI

Meter galvani ialah alat yang digunakan untuk

mengesan dan mengukur arus elektrik yang kecil.

Kebanyakan meter galvani berfungsi berdasarkan

prinsip bahawa arus elektrik yang mengalir melalui

dawai dalam medan magnet menghasilkan daya

terhadap dawai itu.

UMUM 
METER AIR

Meter air ialah alat yang mengukur isi padu air

yang mengalir melalui paip atau saluran besar.

Jenis meter air yang paling dikenali memusingkan

nombor pada daftar yang berfungsi seperti

odometer (perekod perbatuan) pada kereta. Jenis

ini digunakan oleh syarikat air untuk mengukur

penggunaan air di rumah, kilang, dan premis

perniagaan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas