Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
voltammetermeter voltampereTeknikElektrikMeter gabungan meter voltan dan meter ampere di dalam satu badan dan menggunakan gerakan meter yang sama, tetapi pangkalan meter volt dan meter ampere berasingan. Meter jenis ini boleh digunakan sebagai meter volt, meter ampere atau meter volt-ampere untuk mengukur kuasa ketara.
precision instrument of metermeter alatan persisTeknikElektrikPeranti, alatan, atau meter yang memberikan bacaan persis untuk kegunaan ujian atau uji kaji berbanding dengan meter-meter lain atau meter yang mempunyai kepekaan yang tinggi.
power factor metermeter faktor kuasaTeknikElektrikMeter untuk menunjukkan beza fasa di antara voltan dengan arus. Meter ini menggabungkan meter ampere, voltan, dan watt bagi membolehkan faktor kuasa diukur secara terus pada bekalan.
hot wire metermeter dawai panasTeknikElektrikMeter elektrik yang beroperasi berasaskan prinsip haba, iaitu dawai meter tersebut akan mengecut dan menghasilkan haba. Meter ini boleh digunakan untuk mengukur arus atau voltan. Kepekaan meter dawai panas tidak begitu baik kerana faktor suhu sekitar boleh mempengaruhi bacaannya.
VU meter (voice unit meter)meter VUSosiologiTiadaMeter untuk mengukur suara atau bunyi.
hook-on metermeter cangkukTeknikElektrikMeter ampere arus ulang-alik yang beroperasi berasaskan prinsip pengubah arus. Meter ini mempunyai pencangkuk atau pengepit dan tidak memerlukan dawai sambungan bagi menyukat arus yang mengalir di sesuatu litar, memadailah dengan mencangkukkannya pada dawai yang hendak diukur arusnya itu. Meter ini juga boleh digunakan sebagai meter voltan atau meter ohm bagi kemudahan pengguna, tetapi memerlukan dawai sambung uji.
moving iron type metermeter jenis besi bergerakTeknikElektrikMeter yang jarumnya dikendalikan oleh besi yang bergerak. Besi ini digerakkan sama ada secara tarikan atau tolakan kemagnetan. Meter jenis tarikan akan menarik besi yang disambungkan pada jarum meter ke dalam gegelung yang tetap. Meter jenis besi bergerak ini memberi bacaan nilai berkesan dan sesuai untuk kegunaan bekalan arus ulang-alik atau arus terus.
moving coil type metermeter jenis gegelung bergerakTeknikElektrikMeter yang dikendalikan oleh gegelung bergerak. Jarum penunjuk meter dipasangkan pada gegelung bergerak yang terletak di tengah-tengah dua kutub magnet kekal. Meter jenis ini sesuai untuk bekalan arus terus. Apabila diberikan bekalan, pertentangan di antara kutub gegelung dengan magnet kekal akan berlaku, lalu gegelung yang dikawal oleh pegas akan terpesong.
watt-hour metermeter watt jamTeknikElektrikMeter yang mencatatkan kadar penggunaan kuasa pada sesuatu peranti atau litar. Meter ini disambungkan di titik awal bekalan masuk ke sesebuah bangunan secara sesiri dan selari dengan litar bekalan. Meter ini disambungkan ke pembilang untuk mencatatkan bacaan watt-jam.
VU meter (voice unit meter)meter VUKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas