Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.tro.lo.gi] | ميترولوݢي

Definisi : (métrologi) ilmu tentang sukatan (ukuran, takaran, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.tro.lo.gi] | ميترولوݢي

Definisi : /métrologi/ ilmu mengenai sukatan, ukuran atau takaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metrologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KPDNKK telah menggunapakai perkataan "Unit Metrologi Sah" sebagai penjenamaan unit yang menguatkuasakan Akta Timbang dan Sukat 1972 dimana ini terma itu merupakan direct translation daripada bahasa Inggeris yang menggunapakai perkataan "Legal Metrology Unit".Mohon pandangan dan khidmat nasihat mengenai penggunapakai/terma yang betul bagi menggantikan perkataan "legal" samada perkataan "sah" atau "perundangan".Untuk makluman, penggunaan perkataan 'sah' adalah tidak tepat dan tidak sesuai dalam konteks penamaan sesuatu unit.Walaupun salah satu padanan Bahasa Melayu untuk legal ialah sah, perkataan perundangan adalah lebih tepat. Berdasarkan penerangan yang diberikan tentang unit ini, terjemahan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah 'Unit Perundangan Metrologi'.Lain-lain12.10.2011
Kami mempunyai beberapa perkataan yang memerlukan terjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu seperti Metrologist, pattern approval, type approval, traceability, legal metrology, Non-Automatic Measuring Instrument (NAWI), Legally relevantCadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
Metrologist - "ahli metrologi"
pattern approval - "kelulusan corak"
type approval - "kelulusan Jenis"
traceability - "kebolehkesanan"
legal metrology - "undang-undang Metrologi"
Non-Automatic Measuring Instrument (NAWI) - "Alat Pengukur Bukan Automatik (NAWI)"
Legally relevant - "relevan di sisi undang-undang"
Makna17.03.2022

Kembali ke atas