Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.tro.po.li.tan] | ميتروڤوليتن

Definisi : (métropolitan) 1. berkaitan dgn atau mempunyai ciri metropolis; 2. terdiri drpd bandar raya dan kawasan pinggir bandar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.tro.po.li.tan] | ميتروڤوليتن

Definisi : /métropolitan/ bkn dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metropolitan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAHU MENDAPATKAN SECARA JELAS ISTILAH 'METROPOLITAN'Metropolitan bermaksud:
1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis;
2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. 

Istilah12.07.2021
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati.

Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina.

Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna07.07.2008
apa makna metropolitan dan makna poyoMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud metropolitan berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis atau terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Manakala perkataan poyo tiada dalam rujukan kami.Makna23.02.2009
apakah huraian bagi agropolitan,metropolitan dan megapolitan

Encik Josse,

Perkataan agropolitan bermaksud elemen perbandaran ke atas petempatan desa untuk menjadi bandar pertanian. Metropolitan  bermaksud berkaitan dengan  atau mempunyai ciri-ciri metropolis. Megapolitan pula bermaksud rangkaian kumpulan bandar raya yang mempunyai jumlah penduduk melebihi atau akan melebihi 10 juta menjelang tahun 2040. 

Makna23.02.2010
1) Apakah definisi kampung tradisional dan ciri-ciri kampung tradisional 2) Apakah definisi bandar metropolitan1. Tidak ada definisi khusus untuk kampung tradisional dan ciri kampung tradisional dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat definisi "kampung" dan "tradisional" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. iaitu: i. kampung bermaksud 1. kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun 2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok  3. (kiasan) tidak moden, agak kolot 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung  ii. tradisional bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau meng­ikut tradisi,  
2. Dalam bidang Geografi, istilah bandar metropolitan bermaksud sesebuah bandar yang terlalu besar atau sebuah kawasan bandar yang diperluas.
Makna29.11.2012
BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYABoleh. Sentral bermaksud  1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara.Istilah09.06.2010

Kembali ke atas