Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
wajib (adverba,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mesti, fardu, tidak boleh tidak, patut, hendaklah, kena patuhi;,
Kata Terbitan : sewajibnya, berwajib, mewajibkan, kewajipan, berkewajipan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
common effective preferential tariff schemeskim tarif keutamaan efektif umum (CEPT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaSkim dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang mewajibkan tarif dikurangkan secara beransur-ansur kepada kadar 0 hingga 5 peratus bagi barangan yang didagangkan antara negara AFTA. Skim ini bermula pada 1 Januari 1993 dan sepatutnya dilaksanakan sehingga sempurna pada tahun 2003. Terdapat tiga pengecualian dalam skim ini, iaitu pengecualian sementara, produk pertanian sensitif dan pengecualian umum. Skim CEPT diganti oleh Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) pada tahun 2010, yang membentuk sebahagian daripada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
health policydasar kesihatanPentadbiranTiadaDasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran dan memelihara kesihatan awam dengan melancarkan pelbagai program dan penguatkuasaan pelbagai peraturan yang berkaitan. Dasar kesihatan yang baik boleh memastikan bekalan makanan dan air bersih kepada orang ramai, memelihara kebersihan alam sekitar, mengawal kesihatan ibu dan bayi, menguatkuasa imunisasi penyakit berjangkit dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan hospital sehingga ke kawasan pedalaman. Dasar seperti ini turut menumpukan perhatian kepada penghindaran jangkitan penyakit merbahaya seperti AIDS, kusta, batuk kering, taun, SARS dan polio. Di samping itu dasar kesihatan yang ketat turut mengawal pembekalan ubat dan dadah tertentu, penjualan bahan terkawal seperti minuman keras, ubat batuk dan rokok. Terdapat juga dasar kesihatan di negara tertentu yang mewajibkan pengambilan polisi insuran kesihatan bagi rawatan hospital dan terdapat dasar kesihatan yang memberi khidmat hospital dan rawatan percuma seperti negara kebajikan di Norway dan Denmark. Namun, tidak semua negara memiliki dasar kesihatan ini terutamanya negara sedang membangun seperti Sudan dan Etiopia.1">

Kembali ke atas