Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wa.ki.li] | مواکيلي

Definisi : menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wa.ki.li] | مواکيلي

Definisi : menjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasihKami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit).Tatabahasa14.06.2012
SALAM, SAYA MEWAKILI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI MELAKA HENDAK MEMBUAT PAPANTANDA PREMIS MENGGUNAKAN NAMA " LPM DEVELOPMENT SDN. BHD.". SAYA HENDAK MENGETAHUI SAMA ADA NAMA YANG DIGUNAKAN SESUAI ATAU PUN TIDAK UNTUK KELULUSAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKAUntuk perkhidmatan pengesahan iklan papan premis perniagaan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, sila teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sila rujuk panduan pelanggan untuk maklumat lebih lanjut.Lain-lain18.08.2021
Salam, saya mewakili koperasi islah malaysia berhad ingin bertanya berkaitan pengesahan bahasa daripada DBP untuk kami memasang "signboard" di pejabat kami. Bagaimana caranya?Sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila klik domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA dan daftar untuk pelanggan yang baharu mendaftar. Kemudian lampirkan visual iklan dan segala maklum balas akan diberikan melalui e-mel yang didaftarkan.Lain-lain03.04.2015
Ali yang mewakili belia Perlis memperkatakan sesuatu ketika membahaskan usul perumahan rakyat. Bagaimana ayat pasifnya?Selamat ptg.

Ayat pasif ialah Sesuatu telah diperkatakan oleh Ali yang mewakili belia Perlis ketika membahaskan usul perumahan rakyat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa17.11.2016
Perkataan "Representatif" diterima pakai, sebagaimana yang telah saya semak pada laman sesawang PRPM. Hasilnya seperti berikut; [ré.pré.sén.ta.tif] | ريڤريسينتاتيف Definisi : (répréséntatif) mewakili (go­long­­an dll), sesuai utk mewakili. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Jadi persoalan saya, adakah betul jika menggunakan perkataan ini dalam bentuk istilah wakil kepada entiti? Contohnya seperti "Ali merupakan salah seorang representatif Persatuan Bunga Raya". Atau jika penggunaan di atas salah, adakah masih boleh digunakan dengan penyusunan perkataan yang sama, jika perkataan tersebut diistilahkan menjadi satu kata nama khas? Contohnya seperti "Ali merupakan salah seorang daripada Representatif Persatuan Bunga Raya"

Menurut Kamus Dewan Perdana, penggunaan perkataan yang betul mengikut konteks penggunaan ialah “representasi” yang bermaksud perbuatan mewakili seseorang atau sesuatu. Contoh dalam ayat, “Ali merupakan salah seorang representasi Persatuan Bunga Raya”.

Makna01.01.2022
Saya telah memohon untuk menjadi Munsyi Sastera bagi mewakili institusi saya (Institut Aminuddin Baki) yang kini bertambah luas cawangannya iaitu di Sabah, Sarawak, Kedah, Genting dan Enstek Nilai. Kami di IAB ada menerbitkan majalah bercorak sastera seperti cerpen dan puisi. Oleh itu Munsyi Sastera amat diperlukan di institusi saya bagi memberikan apa juga bentuk nasihat yang diperlukan. Namun begitu sehingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas.Saya telah memohon untuk menjadi Munsyi Sastera bagi mewakili institusi saya (Institut Aminuddin Baki) yang kini bertambah luas cawangannya iaitu di Sabah, Sarawak, Kedah, Genting dan Enstek Nilai. Kami di IAB ada menerbitkan majalah bercorak sastera seperti cerpen dan puisi. Oleh itu Munsyi Sastera amat diperlukan di institusi saya bagi memberikan apa juga bentuk nasihat yang diperlukan. Namun begitu sehingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, mohon Puan Saadian menghubungi terus Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran iaitu Puan Siti Aisah Murad melalui talian 03-21479222, e-mel aisah@dbp.gov.my atau pegawainya Encik Mohd Jusoh Majid 03-2147 9216, e-mel jusoh@dbp.gov.my.
Lain-lain23.01.2014
Assalamualaikum.. Saya mohon pencerahan apakah perkataan yang tepat bagi mewakili organisasi polis: "Organisasi Kepolisan" atau "Organisasi Kepolisian". Dan apakah perbezaan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut? Terima kasih atas maklumbalas..Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan tersebut, iaitu kepolisan dan kepolisian bermaksud yang berkaitan dengan polis (pada pel­bagai aspek). Kata dasar bagi kepolisian ialah polisi, iaitu kata yang berasal dari bahasa Indonesia Belanda. Kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Organisasi Kepolisan untuk mewakili organisasi polis di Malaysia.

Kepolisan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah yang berkaitan dengan polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dengan urusan (tugas dan tang­gungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kepada orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~.
Makna18.04.2014
salam sejahtera: untuk pengetahuan tuan,pasukan forum kami berjaya ke peringkat kebangsaan mewakili n.sarawak ke perak.. terima kasih atas nasihat yang diberikan!... soalan seterusnya:adakah pertandingan di peringkat kebangsaan menggunakan tajuk yang sama? sekiranya ada saringan,adakah kami tetap menggunakan tajuk yang sama?? saya berharap kami dapat membawa sesuatu dari sana lebih-lebih lagi ini kali pertama kami masuk ke peringkat kebangsaan..dan pengetua serta seluruh warga sekolah mengharap sesuatu daripada kami.. :0Tahniah kerana pasukan sekolah saudara telah berjaya ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2009 mewakili negeri Sarawak. Untuk makluman saudara, tajuk untuk pertandingan peringkat kebangsaan akan menggunakan tajuk yang berlainan, tidak sama dengan tajuk pada peringkat negeri. Tajuk untuk peringkat kebangsaan akan tentukan oleh pihak urus setia melalui undian.Lain-lain14.05.2009
selamat pagi, saya mewakili syarikat Peace Collections untuk menanyakan soalan tentang permohonan Sijil Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk iklan syarikat atau banner, Permohonan sekali dan di gunakan seluruh Malaysia atau kena buat permohonan setiap Daerah ? Sekian terima kasihSila buat permohonan untuk setiap pihak berkuasa tempatan yang berlainan. Contohnya, satu untuk DBKL, satu untuk MBSA dan lain-lain.Lain-lain03.10.2014
Salam mesra, saya mewakili guru-guru BM sekolah saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48) kerana terdapat percanggahan pendapat tentang maksudnya: Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih.

Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan yang Sdr perlukan.

Lain-lain18.04.2011
12345678910...

Kembali ke atas