Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wa.ki.li] | مواکيلي

Definisi : menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wa.ki.li] | مواکيلي

Definisi : menjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
symbolsimbolMatematikTiadaTanda, huruf atau rajah yang mewakili objek atau benda yang sebenar. Misalnya p, q, r, ... mewakili anu; 7, 8, 9, ... mewakili nombor; ∆ mewakili segi tiga; + mewakili operasi bahagi; RM mewakili Ringgit Malaysia.
synecdochesinekdokiKesusasteraanTiadaKiasan yang menggunakan sebahagian objek untuk mewakili keseluruhannya. Contohnya, satu kepala mewakili seorang. Dalam fiksyen Dickens, beliau kerap menggunakan bahagian tubuh badan untuk mewakili watak. Contohnya, watak Mrs. Merdle dalam karyanya bertajuk Little Dorrit disebut The Bosom. Dalam pertuturan popular, Liverpool bermaksud pasukan bola sepak dari bandar tersebut. Sinekdoki juga terdapat dalam bahasa wartawan. Contohnya, Moscow bermaksud kerajaan Soviet. Sinekdoki dibina melalui beberapa cara, iaitu yang umum mewakili yang khas, seperti �law� untuk seseorang polis, dan yang khas mewakili yang umum seperti �strings� untuk �string instruments�.
access matrix modelmodel matriks capaianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerModel capaian yang menggunakan baris mewakili subjek dan lajur mewakili objek dengan keistimewaan yang tersenarai dalam setiap set. Contoh subjek ialah pengguna atau proses, dan objek ialah hak keistimewaan.
influence linegaris imbasMekanikGunaanGaris graf yang mewakili perubahan daya ricih atau momen lentur apabila beban unit merentasi rasuk. Absisa graf itu mewakili kedudukan beban unit, sementara ordinatnya mewakili daya ricih atau momen lentur pada keratan yang berkenaan [Rajah G6].
phasorfasorFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Garis berputar yang digunakan untuk mewakili kuantiti yang berubah secara sinusoidal. Panjang garis tersebut mewakili magnitud kuantiti dan sudut antara garis dengan paksi x mewakili fasa pada setiap ketika. 2. Apa jua kuantiti (nombor kompleks) seperti impedans dan admintans.
pictogrampiktogramTeknologi MaklumatTiadaRajah atau carta yang mewakili data statistik dengan gambar. Bilangan gambar pada suatu bar mewakili kuantiti data. Misalnya ikon ikan digunakan untuk menunjukkan data statistik tangkapan nelayan bagi sepanjang tahun. Lazimnya penunjuk disediakan untuk membolehkan pembaca memahami data statistik yang diwakili oleh gambar misalnya satu ikon ikan mewakili 100 tan ikan.
pictogrampiktogramTeknologi MaklumatTiadaRajah atau carta yang mewakili data statistik dengan gambar. Bilangan gambar pada suatu bar mewakili kuantiti data. Misalnya ikon ikan digunakan untuk menunjukkan data statistik tangkapan nelayan bagi sepanjang tahun. Lazimnya penunjuk disediakan untuk membolehkan pembaca memahami data statistik yang diwakili oleh gambar misalnya satu ikon ikan mewakili 100 tan ikan.
decimal numbernombor perpuluhanMatematikTiadaNombor yang mewakili pecahan dengan penyebut yang bernilai kuasa 10. Sesuatu nombor perpuluhan terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan dengan satu titik perpuluhan. Bahagian di sebelah kiri mewakili satu integer, manakala bahagian di sebelah kanan mewakili bahagian pecahan. Setiap tempat di sebelah kanan dikenali sebagai tempat perpuluhan.
ion-electron methodkaedah elektron ionKimiaKimia AnalisisKaedah yang digunakan bagi mengimbangkan persamaan redoks. Kaedah ini membahagi tindak balas redoks kepada dua persamaan separa iaitu yang mewakili pengoksidaan dan yang mewakili penurunan. Dalam larutan akueus, H+, OH-, H2O dan elektron ditambah. Tindak balas yang lengkap didapati dengan menggabungkan kedua-dua persamaan separa itu.
makaramakaraArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiGabungan tiga unsur haiwan yang digabungkan menjadi satu. Pertama, buaya yang mewakili hidupan antara dua alam, iaitu air dan darat. Kedua, ikan yang mewakili hidupan air dan ketiga, gajah yang mewakili hidupan darat. Makara di pahat pada bahagian pemegang tangga candi dan berperanan sebagai pengusir roh jahat. Contoh penemuan makara di Malaysia ialah di Melaka, yang berusia sekitar abad 11 M hingga 12 M.
12345678910...

Kembali ke atas