Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mewujudkan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah perbezaan dari segi ejaan dan makna ( antara – mengujudkan dengan mewujudkan ) 2) ejaan ( mengujudkan ) mengapa tidak dieja ( mengwujudkan sepertimana ejaan mewujudkan.) Rusli Kamaruddin Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. 18FEB2009

Dua perkataan tersebut berbeza maknanya:

1. mengujudkan - memaksudkan, menghendaki.

Asalnya daripada kata dasar ujud yang bermaksud: yg dikehendaki, maksud, tujuan.

2. mewujudkan - 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang-kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata.

Asalnya daripada kata dasar wujud yang bermaksud: 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat.

Makna18.02.2009
1) Antara imbuhan "MEWUJUDKAN" dengan "MENGWUJUDKAN", mana satu yang betul? 2) Antara imbuhan "PEWUJUDAN" dengan "PENGWUJUDAN", mana satu yang betul?Imbuhan yang betul:

1. MEWUJUDKAN
2. PEWUJUDAN
Tatabahasa28.11.2017
Manakah yang betul? 1) Antara langkah untuk mewujudkan hubungan baik antara kaum 2) Antara langkah-langkah untuk mewujudkan hubungan baik antara kaumAyat yang betul ialah "Antara langkah untuk mewujudkan hubungan baik antara kaum"Tatabahasa20.07.2022
1. rending ayam atau ayam rending 2. memberikan peluang pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan1. rendang ayam.

2. mewujudkan peluang pekerjaan.
Tatabahasa26.10.2013
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
salam sejahtera dan salam 1 malaysia. kami ingin mewujudkan sebuah tadika, dan dalam masa ini kami telah merancang dua nama atas nama tadika tersebut. iaitu. Smarties Kids OneStop Centre. dan Smarties Kids School. so di sini kami mahu bertanya berkenaan makna "smarties" dan adakah penggunaanya akan merosakkan penggunaan bahasa? sekian, terima kasih.

Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat tentang bahasa Inggeris dan hanya memberi khidmat nasihat tentang bahasa Melayu. Pihka kami juga mengesyorkan supaya pihak tuan menggunakan bahasa Melayu dalam penamaan tadika tersebut. Terima kasih.

Lain-lain17.07.2011
1. Yang mana betul, "di kalangan" atau "dalam kalangan" 2. Adakah frasa "tulis sebuah karangan", "Malaysia sebuah negara yang sedang membangun" dan "mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang" betul? S aya difahamkan bahawa penjodoh bilangan hrus digugurkan kalau diikuti benda abstrak tapi frasa-frasa sebegini begitu kerap ditemukan. Terima kasih dan selamat bertugas tuan/puan.

1. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, kata sendi nama yang paling sesuai ialah 'dalam kalangan'.

2. Frasa "tulis sebuah karangan" dan "mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang" adalah betul. Frasa yang betul: Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun.

3. Kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan. Contohnya, 'sebuah keberanian' adalah salah kerana 'keberanian' ialah kata abstrak.

Tatabahasa31.10.2011
Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian dan penampilan diri bagi melahirkan imej korporat IKIM. soalannya: bolehkah letak adalah pada baris pertama di atas.Sering berlaku kekeliruan antara penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah    yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu  pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan pemeri   adalah + kata kerja contohnya; ...adalah berasaskan.. / ...adalah bertujuan.../ adalah merupakan... dan sebagainya. Ayat  "Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi ... Ayat di atas dikategorikan sebagai ayat yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau seumpama dengannya. Ayat yang betul ialah:
1. Garis panduan ini adalah  untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ..,
2. Garis panduan ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ...
Tatabahasa27.07.2017
Assalamualaikum. Kita sedia maklum bahawa penggunaan kata pemeri adalah hanya boleh hadir di hadapan kata sendi nama dan kata adjektif. Sekiranya ada dalam kalangan pelajar yang menulis sebegini; 'Salah satu kebaikan amalan kitar semula adalah mewujudkan persekitaran yang lebh baik. Seandainya ayat ini salah dari sudut tatabahasanya, apa penjelasan yang sesuai dilakukan agar pengguna bahawa benar-benar faham tentang kata pemerij dan bagaimanakah ayat yang betul?Seperti yang tuan sedia maklum ayat 'Salah satu kebaikan amalan kitar semula adalah mewujudkan persekitaran yang lebih baik’ salah kerana kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan, halaman 263-265 dan 494-496 untuk penjelasan lanjut. Berikut cadangan ayat yang dibina untuk menggantikan ayat yang salah di atas.
1.   Amalan kitar semula dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik.
2.   Antara kebaikan amalan kitar semula termasuklah mewujudkan persekitaran yang lebih baik.
Tatabahasa15.10.2014
12345

Kembali ke atas