Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi magnesium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep miligram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mg


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
standardised extractekstrak terpiawaiHerbaFitokimiaEkstrak herba yang kandungan kimianya dipiawaikan kepada sesuatu sebatian penanda yang kuantitinya mesti ditentukan berada dalam suatu julat tertentu yang telah dipersetujui umum. Contohnya, 60 mg ekstrak kering daun Ginkgo biloba mestilah mengandungi 13.2 mg hingga 16.2 mg sebatian flavonoid glikosida, 1.68 mg hingga 2.04 mg sebatian ginkgolida A, B dan C, dan 1.56 mg hingga 1.92 mg bilobalida.
acceptance criteriakriteria penerimaanHerbaTiadaKriteria formal had numerik, julat atau ukuran lain sebagai memenuhi syarat penerimaan suatu prosedur analisis. Contohnya, had 415 mg hingga 500 mg serbuk daun herba Sennae folium berasaskan 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena sebagai senosida B bagi memenuhi syarat bahan atau sediaan herba terpiawai.
aprobarbitalaprobarbitalKimiaForensikFormula kimia. C10H1403N2. Terbitan barbiturat yang mempunyai jangka masa tindakan perantaraan (lebih kurang 3 - 6 jam). Bahan ini diberi secara oral pada dos 40 mg tiga kali sehari untuk sedatif atau dalam dos tunggal 40 mg - 160 mg untuk menyebabkan tidur. Dos parah anggaran ialah 2 g.
profripryline hydrochlorideprotriptilina hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia, C19H2IN.HCI; nama dagang, Vivactil, Concordin. Hablur putih, takat lebur 169�C - 171�C, larut dalam air, etanoI dan kloroform, tak larut dalam eter. Hablur ini merupakan antidepresan. Dos oral bagi orang dewasa ialah 15 mg/hari - 60 mg/hari. Dalam plasma, dos terapeutik ialah 0.07 mg/L - 0.25 mg/L, dos toksik adalah melebihi 0.5 mg/L dan dos maut adalah melebihi I mg/L.
propylhexedrinepropilheksedrinaKimiaForensikFormula kimia, C10H2IN; nama dagang, Benzedrex. Cecair jernih tak berwarna, larut dalam etanol, kloroform dan eter, tak larut dalam air. Propilheksedrina merupakan agen simpatomimetik yang digunakan dalam rawatan hidung tersumbat, asma, dan demam alergi. Dos harian ialah 75 mg - 100 mg. Dos maut ialah 200 mg bagi kanak-kanak dan 2000 mg bagi orang dewasa.
camazepamkamazepamKimiaForensikFormula kimia, CI9H18C1N3O3. Serbuk hablur berwarna putih, yang larut dalam air dan etanol, takat lebur 173�C - 174�C. Kamazepam digunakan sebagai ubat penenang. Dos harian ialah 20 mg - 60 mg.
warfarinwarfarinKimiaForensikFormula kimia, C19H16O4; nama dagang, Coumadin, Panwarfin, Athrombin-K. Sejenis antikoagulan daripada sebatian kumarin yang digunakan dalam bentuk garam natrium dan kalium. Warfarin juga digunakan sebagai rodentisid. Dos terapeutik ialah 1 mg/L - 3 mg/L, manakala dos toksik adalah daripada 10 mg/L, dos maut pula adalah daripada 100 mg/L. Kesan sampingannya yang paling biasa ialah pendarahan, dan tidak seharusnya diberikan kepada ibu hamil. Watfarin berisiko tinggi terhadap pesakit yang mengalami penyakit serebrovaskular iskemik, tromboembolisme dan penyakit jantung iskemik. Kelebihan warfarin berbanding dengan heparin ialah, warfarin boleh diberikan secara oral, manakala keburukannya pula ialah masa tindakannya yang lambat.
butobarbitonebutobarbitonKimiaForensikFormula kimia, C10H16N2O3; nama dagang, Butomet, Soneryl. Serb uk berhablur berwarna putih, tidak berbau dan larut sedikit dalam air, tetapi sangat larut dalam etanol dan kloroform. Dos oral adalah antara 100 mg - 200 mg. Kesan terapeutik dalam plasma darah ialah 1 µg - 10 µg, dan aras toksiknya ialah 10 µg /mL- 20 µg/mL plasma darah. Bahan ini digunakan sebagai bahan hipnotik dan sedatif, dan sebelum pemberian anestesia am.
magnesiummagnesiumKimiaTiadaUnsur logam alkali bumi dalam kumpulan IIA (atau 2) jadual berkala, simbol Mg, nombor atom 12, berat atom 24.305, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 649°C, takat didih 1107°C, berwarna putih perak, sederhana keras, ringan, larut di dalam asid, tetapi tidak larut di dalam air, agen penurunan yang kuat, mudah terbakar dan terdapat tiga isotop yang stabil, iaitu Mg-24, Mg-26 dan Mg-25. Sumber semula jadi magnesium ialah magnesit, dolomit dan air laut. Magnesium disediakan secara elektrolisis magnesium klorida lakur atau penurunan magnesium oksida dengan ferosilikon. Logam ini digunakan dalam pembuatan aloi ringan, bateri dan dalam fotografi.
buclizinebuklizinaKimiaForensikNama dagang, Budadin. Ubat antihistamina yang digunakan untuk merawat alergi dan selesema, dan sebagai sedatif. Dos parah akut adalah anggaran 25 mg/kg 250 mg/kg. Dalam dos toksik, bahan ini menyebabkan perangsangan kompleks pada sistem saraf pusat dan kesan depresan, sebahagiannya ekoran kesan antikolinergik bak atropina.
12345678910...

Kembali ke atas