Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi] | مي

Definisi : 1. sj bahan makanan yg rupanya spt laksa tetapi biasanya berwarna kuning (diperbuat drpd tepung gandum dll); ~ halus mihun; 2. masakan drpd mi; ~ goreng mi yg digoreng dgn perencah-perencahnya; ~ sup mi yg ber­kuahkan sup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi] | مي

Definisi : nada yg ketiga pd skala major. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi] | مي

Definisi : makanan yg dibuat drpd tepung gandum dll dan rupanya halus panjang spt laksa: ~ goreng mi yg digoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanyakan tentang istilah makanan dan penggunaannya huruf besar dan huruf kecil. Mi hailam atau mi Hailam? Mi bandong atau mi Bandong dan sebagainya. Terima kasih.Perkataan "mi bandong" dan "mi hailam" ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa15.01.2013
apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan

Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain.

Tatabahasa09.12.2009
Salam, saya dapati ada sedikit percanggahan antara jawapan yang diberikan di dalam PRPM ini dengan penerangan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Contohnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mi hailam ditulis mi Hailam dan bukannya mi hailam seperti yang pihak tuan jelaskan. Adakah ini bermakna terdapat ejaan baru yang tidak dikemas kini di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Dan bilakah edisi yang terkini dan terbaharu akan keluar jika begitu? Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat tiada entri untuk mi hailam tetapi ada entri mi iaitu sejenis bahan makanan yang rupanya seperti laksa tetapi biasanya berwarna kuning (diperbuat daripada tepung gandum).
2. masakan daripada mi; mi goreng, mi sup.

"mi goreng" ada di dalam entri Dewan Bahasa Edisi Empat dan frasa ini sama konsep dengan "mi hailam" yang ditulis dengan huruf kecil.
Tatabahasa16.01.2013
mesin pembuat mi atau mesin pembuatan mi atau mesin ??? mi ... terima kasih.Frasa yang betul ialah mesin pembuatan mi.Tatabahasa29.06.2013
salam.. saya nak tanya, mi bandung yang betul Mi Bandung atau mi bandung?Penggunaan yang betul ialah "mi bandung" iaitu ditulis dengan huruf kecil.Ejaan05.04.2023
Tuan, pertanyaan saya adalah seperti berikut: 1. Ayat seperti "Saya suka makan mi ikan:, adakah ayat ini boleh digunakan? kerana murid tahun 1 yang membina ayat tersebut. 2. Adakah perkataan-perkataan seperti mi ikan, mi wantan, mi udang boleh digunakan dalam pembinaan ayat tahun 1? Sila membalas secepat mungkin, sekian terima kasih.Ayat saya suka makan mi ikan betul dan boleh digunakan. Lazimnya untuk tahap awal murid diajar membina ayat yang mudah berkemungkinan ayat contoh yang diberikan merupakan ayat mudah dalam konteks murid masa kini.Tatabahasa07.08.2012
"mi bandung muar" atau "mi bandung Muar"?Ejaan yang betul ialah "mi bandung Muar"Istilah14.06.2007
Sebutan bagi perkataan “simile”, [si.mi.lé] atau [si.mi.li]? Terima kasih.Sebutan yang betul ialah [si.mi.lé].Ejaan18.04.2012
Saya mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan mee/mi (yang merujuk kepada mi kuning). Dalam kamus online BM-BI hanya ada perkataan mihun = noodle (yang merujuk kepada mi halus berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras). Mohon bantuan.Dalam pangkalan data kami pula, noodle bermaksud seperti yang berikut:

Bahan makanan yang berupa jalur-jalur kasar dan panjang, biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain.
Oleh yang demikian, noodle juga merujuk kepada mi kuning.
Makna14.08.2017
Apakah suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" ? contohnya , minuman- "mi-num-an" atau " mi-num-an" ? Terima kasih.

Suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" adalah seperti yang berikut:

(i) mi-num-an, (ii) ma-kan-an, (iii) pe-la-jar-an, (iv) di-pe-la-jar-i, (v) sa-yur-sa-yur-an, (vi) bu-ah-bu-ah-an

Lain-lain22.04.2010
12345

Kembali ke atas